s 4 Prohibition from carrying on money services business
(1) No person shall carry on money services business without a licence issued under this Act.
(2) Subsection (1) shall not apply to a money services business agent.
(3) The Bank may prescribe different classes, categories or descriptions of licence in respect of money services business.
(4) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Malay text (authoritative)
Larangan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang
(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi ejen perniagaan perkhidmatan wang.
(3) Bank boleh menetapkan golongan, kategori atau perihalan lesen yang berlainan berkenaan dengan perniagaan perkhidmatan wang.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).