My bookmarksSign up free
← Money Services Business Act 2011

Money Services Business Act 2011 s 64

Money Services Business Act 2011 s 64

s 64 Notice to call for examination

(1) For the purpose of an examination under this Part, any notice that is given shall, if practicable, be served personally on the person specified in such notice. (2) In the case of a corporation, the notice may be served on the secretary or other like officer of the corporation or on any person who is responsible for the management of the affairs of the corporation. (3) Where the person specified in a notice given under this section cannot by the exercise of due diligence be found, the notice may be served— (a) in the case of an individual person, at his residential address by leaving a copy thereof for him with some adult member of his family, with his servant residing with him or with any other adult person occupying the same premises with him; or (b) in the case of an entity including a licensee or money services business agent, at its registered address or business address, by leaving a copy thereof with an employee of the entity or to affix such notice to some prominent part of the premises of the entity. (4) When the person specified in any notice given under this Act cannot by the exercise of due diligence be found, and service cannot be effected as provided by subsection (3), a copy of the notice shall be affixed to some prominent part of the premises or such other place in which the person specified in the notice ordinarily resides, and in such case the notice shall be deemed to have been duly served. (5) If upon an investigation made under this Act, it appears to the investigating officer that there is sufficient evidence or reasonable grounds for suspicion to justify the commencement or continuance of any proceedings against any person, the investigating officer shall require a complainant, if any, and so many of the persons who appear to such investigating officer to be acquainted with the circumstances of the case as he thinks necessary, to execute a bond to appear before any court therein named. (6) If any complainant or person referred to in subsection (5) refuses to execute a bond under that subsection, the investigating officer shall report such refusal to the court which may thereupon in its discretion issue a warrant or summons to secure the attendance of such complainant or person.

Malay text (authoritative)

Notis panggilan pemeriksaan

(1) Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah Bahagian ini, apa-apa notis yang diberikan hendaklah, jika boleh dilaksanakan, disampaikan secara kediri kepada orang yang dinyatakan dalam notis itu. (2) Dalam hal suatu perbadanan, notis itu boleh disampaikan kepada setiausaha atau pegawai lain perbadanan yang seumpama itu atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal perbadanan itu. (3) Jika orang yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah seksyen ini tidak boleh dijumpai setelah usaha wajar dibuat, notis itu boleh disampaikan— (a) dalam hal seorang individu, di alamat kediamannya dengan meninggalkan satu salinan notis untuk orang itu kepada anggota keluarganya yang dewasa, atau dengan orang gajinya yang tinggal bersama dengannya atau dengan mana-mana orang dewasa lain yang menghuni premis itu bersama-samanya; atau (b) dalam hal suatu entiti termasuklah seorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang, di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya, dengan meninggalkan satu salinan notis itu dengan seorang pekerja entiti itu atau melekatkan notis itu di beberapa bahagian penting premis entiti itu. (4) Jika orang yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh dijumpai walaupun usaha wajar dijalankan, dan penyampaian tidak boleh dibuat sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (3), satu salinan notis itu hendaklah dilekatkan di beberapa bahagian penting premis itu atau mana-mana tempat lain yang orang yang dinyatakan dalam notis itu pada lazimnya tinggal, dan dalam hal sedemikian notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan. (5) Jika selepas suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pegawai penyiasat mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan munasabah untuk mengesyaki bagi membenarkan pemulaan atau penerusan mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang, pegawai penyiasat itu hendaklah menghendaki seseorang pengadu, jika ada, dan seramai orang yang boleh yang pegawai penyiasat itu berpendapat mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk melaksanakan satu jaminan untuk hadir ke hadapan mahkamah yang dinamakan dalam notis itu. (6) Jika mana-mana pengadu atau orang yang disebutkan dalam subseksyen (5) enggan untuk melaksanakan suatu jaminan di bawah subseksyen itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan keengganan sedemikian kepada mahkamah yang boleh dengan sebab hal itu pada budi bicaranya mengeluarkan waran atau saman untuk memastikan kehadiran pengadu atau orang itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 731 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next