My bookmarksSign up free
← Kampong Bharu Development Corporation Act 2011

Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 s 33

Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 s 33

s 33 Surcharge

(1) An employee of the Corporation may be surcharged if it appears to the Corporation that he— (a) has failed to collect money owing to the Corporation for the collection of which he is or was responsible; (b) is or was responsible for any improper payment of money from the Corporation or for any payment of money which is not duly approved; (c) is or was responsible, directly or indirectly, for any deficiency in, or for the destruction of, any money, store or other property of the Corporation; (d) has failed to make any payment, or is or was responsible for any delay in the payment from the Corporation, of any money to any person to whom such payment is due under any law, or under any contract, agreement or arrangement entered into between that person and the Corporation; or (e) being or having been an accounting officer, fails or has failed to keep proper accounts or records. (2) In this section, “accounting officer” includes an employee who is charged with the responsibility— (a) to collect, receive or account for, or who in fact collects, receives or accounts for, any money of the Corporation; (b) to disburse, or who does in fact disburse, any money of the Corporation; or (c) to receive, keep in custody, dispose of or account for, any store and property of the Corporation, or who in fact receives, keeps in custody, disposes or accounts for such store and property. (3) The Corporation shall, before a person is surcharged, serve on him a written notice calling on him to show cause why he should not be surcharged. (4) If a satisfactory explanation is not received within fourteen days from the date a notice is served on a person under subsection (3), the Corporation may— (a) in the case of any of the acts or omissions mentioned in paragraphs (1)(a), (b) and (c), surcharge against the person a sum not exceeding the amount not collected, or of the improper payment made, or of the value of the deficiency in the property or of the property destroyed; and (b) in the case of any of the acts or omissions mentioned in paragraphs (1)(d) and (e), surcharge against the person such sum as the Corporation thinks fit. (5) The Corporation shall notify the person surcharged in respect of any surcharge made under subsection (4). (6) Notwithstanding subsections (4) and (5), the Corporation may at any time withdraw any surcharge in respect of which a satisfactory explanation has been received or if it otherwise appears that no surcharge should have been made, and the Corporation shall forthwith notify the person surcharged of the withdrawal. (7) The amount of any surcharge made under subsection (4) and not withdrawn under subsection (6) shall be a debt due to the Corporation from the person surcharged and may be sued for and recovered in any court at the suit of the Corporation and may also, if the Corporation directs, be recovered by deduction— (a) from the salary of the person surcharged; or (b) from the pension of the person surcharged, by equal monthly installments not exceeding one-fourth of the total monthly salary or pension, as the case may be, of that person.

Malay text (authoritative)

Surcaj

(1) Seseorang pekerja Perbadanan boleh disurcaj jika ternyata kepada Perbadanan bahawa dia— (a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Perbadanan yang pemungutan wang itu menjadi atau pernah menjadi tanggungjawabnya; (b) bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab ke atas apa-apa pembayaran wang daripada Perbadanan yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barangbarang simpanan atau harta lain Perbadanan; (d) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Perbadanan kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang, di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Perbadanan; atau (e) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya. (2) Dalam seksyen ini, “pegawai perakaunan” termasuklah seorang pekerja yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab— (a) untuk memungut, menerima atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Perbadanan; (b) untuk membuat pembayaran, atau yang sebenarnya membuat pembayaran, daripada apa-apa wang Perbadanan; atau (c) untuk menerima, menyimpan, melupuskan atau mengakaunkan, apa-apa barang simpan dan harta Perbadanan, atau yang sebenarnya menerima, memegang, melupuskan atau mengakaunkan tentang barang simpanan dan harta itu. (3) Perbadanan hendaklah, sebelum seseorang disurcaj, menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj. (4) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh notis disampaikan kepada seseorang di bawah subseksyen (3), Perbadanan boleh— (a) dalam hal mana-mana perbuatan atau peninggalan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcaj terhadap orang itu wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau nilai yang terkurang dalam harta itu atau nilai harta yang termusnah itu; dan (b) dalam hal mana-mana perbuatan atau peninggalan yang disebut dalam perenggan (1)(d) dan (e), mensurcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang difikirkan patut oleh Perbadanan. (5) Perbadanan hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (4). (6) Walau apa pun subsesksyen (4) dan (5), Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dikenakan, dan Perbadanan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu. (7) Apa-apa amaun surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (4) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (6) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang disurcaj dan boleh didakwa dan didapatkan di dalam manamana mahkamah atas guaman Perbadanan dan boleh juga, jika diarahkan oleh Perbadanan, didapatkan melalui potongan— (a) gaji orang yang disurcaj; atau (b) pencen orang yang disurcaj, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 733 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next