My bookmarksSign up free
← Medical Device Act 2012

Medical Device Act 2012 s 36

Medical Device Act 2012 s 36

s 36 Effect of suspension, revocation, surrender or non-renewal of designated medical device permit

(1) If a designated medical device permit is suspended or revoked under section 33, surrendered under section 34 or is not renewed under section 35, the permit holder shall immediately cease to use or operate a designated medical device in respect of which the designated medical device permit was granted. (2) Notwithstanding subsection (1), the Authority may, at any time after the suspension, revocation, surrender or non-renewal of a designated medical device permit, give such directions to the permit holder as it may deem necessary in the interest of public health and safety, and the permit holder shall comply with all such directions. (3) A permit holder whose designated medical device permit is— (a) suspended, revoked or not renewed shall not be entitled to any compensation for any loss caused to him by the suspension, revocation or non-renewal of the designated medical device permit; and (b) revoked shall not be entitled to any refund of the designated medical device permit fee paid under section 30. (4) Any permit holder who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one hundred thousand ringgit and not more than one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both.

Malay text (authoritative)

Kesan menggantung, membatalkan, menyerah balik atau tidak membaharui permit peranti perubatan yang ditetapkan

(1) Jika sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 33, diserah balik di bawah seksyen 34 atau tidak dibaharui di bawah seksyen 35, pemegang permit hendaklah dengan sertamerta berhenti menggunakan atau mengendalikan peranti perubatan yang ditetapkan yang berkenaan dengannya permit peranti perubatan yang ditetapkan itu diberikan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa selepas penggantungan, pembatalan, penyerahan balik atau tidak membaharui sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan, memberikan apa-apa arahan kepada pemegang permit yang difikirkannya perlu demi kepentingan kesihatan dan keselamatan awam, dan pemegang permit itu hendaklah mematuhi semua arahan sedemikian. (3) Pemegang permit yang permit peranti perubatan yang ditetapkannya itu— (a) digantung, dibatalkan atau tidak dibaharui tidak berhak kepada apaapa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan, pembatalan atau hal tidak membaharui permit peranti perubatan yang ditetapkan itu; dan (b) dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pembayaran balik fi permit peranti perubatan yang ditetapkan yang telah dibayar di bawah seksyen 30. (4) Mana-mana pemegang permit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 737 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next