My bookmarksSign up free
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 13

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 13

s 13 Vacation of office

(1) The office of a member of the Corporation shall be vacated— (a) if he dies; (b) if there has been proved against him, or he has been convicted on, a charge in respect of— (i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude; (ii) an offence under any law relating to corruption or under section 75; or (iii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) of more than two years; (c) if he becomes a bankrupt; (d) if he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties; (e) in the case of the Chairman of the Corporation, if he absents himself from three consecutive meetings of the Corporation without leave in writing of the Prime Minister; (f) in the case of a member of the Corporation other than the Chairman of the Corporation, if he absents himself from three consecutive meetings of the Corporation without leave in writing of the Chairman of the Corporation; (g) if his resignation is accepted by the Prime Minister; or (h) if his appointment is revoked by the Prime Minister. (2) Where any person ceases to be a member of the Corporation, another person shall be appointed in his place in accordance with the provisions applying.

Malay text (authoritative)

Pengosongan jawatan

(1) Jawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 75; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya; (e) dalam hal Pengerusi Perbadanan, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturutturut tanpa kebenaran secara bertulis Perdana Menteri; (f) dalam hal seseorang anggota Perbadanan selain Pengerusi Perbadanan, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis Pengerusi Perbadanan; (g) jika peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri; atau (h) jika pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Perbadanan, seorang yang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 739 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next