My bookmarksSign up free
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 14

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 14

s 14 Committees

(1) The Corporation may establish any committee as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions. (2) The Corporation may elect any of its members or any other person approved by the Minister to be the chairman of a committee. (3) The Corporation may appoint any person to be a member of a committee. (4) A member of a committee shall hold office on such conditions and for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment. (5) The Corporation may, at any time, revoke the appointment of any member of a committee. (6) A member of a committee may, at any time, resign by giving notice in writing to the chairman of the committee and the Corporation. (7) A committee may regulate its own procedure. (8) A committee shall be subject to, and act in accordance with, any direction given to it by the Corporation. (9) The Corporation may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee. (10) The meetings of a committee shall be held at such times and places as the chairman of the committee may determine. (11) A committee shall cause— (a) minutes of all its meetings to be signed, maintained and kept in proper form; and (b) copies of the minutes of all its meetings to be submitted to the Corporation as soon as practicable. (12) Any minutes made of a meeting of a committee shall, if duly signed by the chairman of the committee, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof. (13) Every meeting of a committee in respect of the proceedings of which minutes of the proceedings have been made in accordance with subsection (11) shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act. (14) A committee may invite any person to attend any of its meetings, for the purpose of advising it on any matter under discussion, but that person shall not be entitled to vote at the meeting. (15) Members of a committee or any person invited to attend a meeting of a committee may be paid such allowances and other expenses as the Corporation may determine. (16) No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of a committee; or (b) any omission, defect or an irregularity not affecting the merit of the case.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa

(1) Perbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya. (2) Perbadanan boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Menteri untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa. (3) Perbadanan boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa. (4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak bagi pelantikan semula. (5) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa. (6) Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa dan Perbadanan. (7) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (8) Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan. (9) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. (10) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (11) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya— (a) minit semua mesyuaratnya ditandatangani, disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Perbadanan dengan secepat yang dapat dilaksanakan. (12) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh pengerusi jawatankuasa itu, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya. (13) Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat mengikut subseksyen (11) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. (14) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (15) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Perbadanan. (16) Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan jawatankuasa; atau (b) terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 739 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next