s 17 Functions of the Corporation
The Corporation shall have all the following functions:
(a) to promote and implement policies relating to PR1MA development and PR1MA complexes;
(b) to plan, supervise and execute the design, construction and maintenance of PR1MA complexes in accordance * NOTE─ Companies Act 1965 [Act 125] has been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777]– see subsection 620(1) of Act 777.
with this Act and the policies set by the Federal Government from time to time;
(c) to manage and monitor or undertake PR1MA development;
(d) to collect, record and maintain data, information and statistic concerning PR1MA development and PR1MA complexes and to maintain data of eligible persons for the purpose of the allocation of PR1MA homes, and to use such data, information and statistics for the carrying out of its functions;
(e) to monitor, manage and regulate matters relating to the ownership and tenancy of PR1MA homes;
(f) within PR1MA complexes—
(i) to facilitate economic and social development including facilitating the development of educational facilities and the development of community clinics; and
(ii) to facilitate and undertake infrastructure and commercial development including facilitating and undertaking the development of sports and recreational facilities;
(g) to develop and propose assistance programmes for eligible persons to enable eligible persons to purchase or rent PR1MA homes;
(h) to conduct forums, seminars or awareness programmes in relation to PR1MA development and PR1MA complexes;
(i) to manage and monitor the quality, supply and demand of PR1MA complexes including—
(i) the approval of developers who wish to participate in PR1MA development;
(ii) the allocation of PR1MA homes to eligible persons; and
(iii) the direct-sourcing and manufacturing of raw materials for the purpose of PR1MA development;
(j) to promote, facilitate and implement the use of new technology as well as green technology for PR1MA complexes;
(k) to conduct or fund inquiries, researches, assessment and studies and carry out surveys, collation or analysis in order to obtain data, information and statistic as well as factors influencing or relevant to PR1MA development and PR1MA complexes and to disseminate such data, information, statistic and factors;
(l) to provide advisory services in relation to PR1MA development and PR1MA complexes;
(m) to recommend to the Government Entities strategies, directions, policies, laws and actions to be applied to PR1MA development and PR1MA complexes, including recommendations of any review of current policies, laws and actions to ensure the policies and objectives of PR1MA development and PR1MA complexes are met;
(n) to advise the Minister and Government Entities on all matters relating to PR1MA development and PR1MA complexes;
(o) to promote, manage and monitor the participation and investment of private sector in PR1MA development and PR1MA complexes, including to recommend to the Government Entities incentives in relation to taxes,
customs and excise duties and other fiscal incentives applicable to such participation and investment; and
(p) to carry out any other functions conferred by or under any written law and to perform any other functions that are supplemental, incidental, or consequential to any of the functions specified in this section.
Malay text (authoritative)
Fungsi Perbadanan
Perbadanan hendaklah mempunyai segala fungsi yang berikut:
(a) menggalakkan dan melaksanakan dasar yang berhubungan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
(b) merancang, menyelia dan menyempurnakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan kompleks PR1MA mengikut Akta ini dan dasar yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa;
(c) menguruskan dan memantau atau mengusahakan pembangunan PR1MA;
(d) mengumpulkan, merekodkan dan menyenggara data, maklumat dan statistik berkenaan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA dan menyenggara data orang yang layak bagi maksud penguntukan kediaman
*CATATAN–Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]-lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
PR1MA, dan menggunakan data, maklumat dan statistik itu bagi menjalankan fungsinya;
(e) memantau, menguruskan dan mengawal selia perkara yang berhubungan dengan pemunyaan dan penyewaan kediaman PR1MA;
(f) di dalam kompleks PR1MA—
(i) memudahkan pembangunan ekonomi dan sosial termasuklah memudahkan pembangunan kemudahan pendidikan dan pembangunan klinik komuniti; dan
(ii) memudahkan dan mengusahakan pembangunan infrastruktur dan komersial termasuklah memudahkan dan mengusahakan pembangunan kemudahan sukan dan rekreasi;
(g) membangunkan dan mencadangkan program bantuan bagi orang yang layak untuk membolehkan orang yang layak membeli atau menyewa kediaman PR1MA;
(h) mengadakan forum, seminar dan program kesedaran berhubung dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
(i) menguruskan dan memantau kualiti, bekalan dan permintaan bagi kompleks PR1MA termasuklah—
(i) kelulusan bagi pemaju yang ingin menyertai pembinaan PR1MA;
(ii) penguntukan kediaman PR1MA untuk orang yang layak; dan
(iii) mendapatkan secara sumber langsung dan mengeluarkan secara langsung bahan mentah bagi maksud pembangunan PR1MA;
(j) menggalakkan, memudahkan dan melaksanakan penggunaan teknologi baru serta teknologi hijau bagi kompleks PR1MA;
(k) menjalankan atau membiayai siasatan, penyelidikan, penilaian dan kajian dan menjalankan kaji selidik, pengumpul semakan atau analisis dengan tujuan untuk memperoleh data, maklumat dan statistik serta faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA dan menyebarkan data, maklumat, statistik dan faktor itu;
(l) menyediakan khidmat nasihat berhubung dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
(m) mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan strategi, arahan, dasar, undang-undang dan tindakan yang terpakai bagi pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA, termasuklah syor mengenai apa-apa kajian semula dasar, undang-undang dan tindakan semasa untuk memastikan dasar dan matlamat pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA dicapai;
(n) menasihati Menteri dan Entiti Kerajaan tentang segala perkara yang berhubungan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
(o) menggalakkan, menguruskan dan memantau penyertaan dan pelaburan sektor swasta dalam pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA, termasuklah mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan insentif berhubung dengan cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain yang terpakai bagi penyertaan dan pelaburan itu; dan
(p) menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang merupakan tambahan, bersampingan dengan, atau yang
berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini.
Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).