s 18 Powers of the Corporation
(1) The Corporation shall have the power to do all things necessary or expedient for or in connection with the performance of its functions under this Act or any other written law.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the powers of the Corporation shall include the power—
(a) to carry on all activities which appear to the Corporation to be requisite, advantageous or convenient for or in connection with the performance of its functions;
(b) to co-operate or act in association with any Government Entity or person, whether local or foreign;
(c) to require—
(i) Government Entities to give such assistance and submit such information in their possession as may be required by the Corporation in order for the Corporation to carry out its functions; and
(ii) persons engaged in carrying out or intending to carry out PR1MA development to submit reports, containing such particulars and information as may be specified by the Corporation, regarding their activities or proposed activities in relation to PR1MA development;
(d) subject to Part VI—
(i) to co-ordinate with the Government Entities in relation to PR1MA development;
(ii) to make recommendations to and assist the Government Entities where PR1MA development is undertaken in relation to local government functions and services of the local goverment, including local planning control and the regulation and control of buildings and building operations, design and appearance of PR1MA complexes; or
(iii) to co-operate with or act as authorized agent of, or otherwise act in association with or on behalf of, any Government Entity or any person, in relation to PR1MA complexes;
(e) subject to any written law, to undertake commercial activities, including to sell, lease or rent the whole or any portion of land allocated for PR1MA development and building space, parking lots or billboards within PR1MA complexes;
(f) to directly or indirectly approach, liaise with, and disseminate relevant information to—
(i) any investor or potential investor, whether local or foreign, in order to promote investment in PR1MA development; and
(ii) any financier or potential financier, whether local or foreign, for the purpose of developing or proposing assistance programmes for eligible persons;
(g) to directly approach, liaise with, and contract with suppliers of raw materials, finished goods or machinery either locally or overseas and manufacture materials relating to construction works either by itself or jointly with other manufacturer, in order to optimize the costs of construction works relating to PR1MA complexes;
(h) to appoint, employ and pay agents, technical and financial advisers, including advocates and solicitors, bankers, experts or consultants and other persons, as the Corporation thinks fit to transact any business or to do any act required to be transacted or done in the performance of its functions;
(i) to impose fees, costs, levies or any other charges as it deems fit for services rendered by it;
(j) to formulate and implement human resource development and funding and co-operation programmes for the proper and effective performance of its functions; and
(k) to do anything incidental to any of its functions and powers.
Malay text (authoritative)
Kuasa Perbadanan
(1) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), kuasa Perbadanan termasuklah kuasa—
(a) untuk menjalankan segala aktiviti yang didapati oleh Perbadanan sebagai perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b) untuk bekerjasama atau bertindak bersama dengan mana-mana Entiti Kerajaan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
(c) untuk menghendaki—
(i) Entiti Kerajaan memberikan apa-apa bantuan dan mengemukakan apa-apa maklumat yang ada dalam milikan mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan untuk membolehkan Perbadanan menjalankan fungsinya; dan
(ii) orang yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan PR1MA supaya mengemukakan laporan, yang mengandungi apa-apa butiran dan maklumat yang dinyatakan oleh Perbadanan, berkenaan dengan aktiviti mereka atau aktiviti yang dicadangkan berhubung dengan pembangunan PR1MA;
(d) tertakluk kepada Bahagian VI—
(i) untuk menyelaraskan dengan Entiti Kerajaan berhubung dengan pembangunan PR1MA;
(ii) untuk membuat syor kepada dan membantu Entiti Kerajaan di mana pembangunan PR1MA sedang diusahakan berhubung dengan fungsi dan perkhidmatan kerajaan tempatan, termasuklah kawalan perancangan tempatan dan kawal seliaan dan kawalan bangunan dan pengendalian bangunan, reka bentuk dan rupa kompleks PR1MA; atau
(iii) untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana Entiti Kerajaan atau mana-mana orang, berhubung dengan kompleks PR1MA;
(e) tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, untuk mengusahakan aktiviti komersial, termasuklah menjual, memajak atau menyewakan kesemua atau mana-mana bahagian tanah yang diuntukkan bagi pembangunan PR1MA dan ruang bangunan, lot tempat letak kereta atau papan iklan di dalam kompleks PR1MA;
(f) untuk mendekati secara langsung atau tidak langsung, berhubung rapat dengan, dan menyebarkan maklumat yang berkaitan kepada—
(i) mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam pembangunan PR1MA; dan
(ii) mana-mana pembiaya atau pembiaya berpotensi, sama ada tempatan atau asing, bagi maksud membangunkan atau mencadangkan program bantuan bagi orang yang layak;
(g) untuk mendekati secara langsung, berhubung rapat dengan, dan membuat kontrak dengan pembekal bahan mentah, barang siap atau jentera sama ada tempatan atau luar negara dan mengeluarkan bahan yang berhubungan dengan kerja pembinaan sama ada dengan sendiri atau bersama dengan pengeluar lain, dengan tujuan untuk mengoptimumkan kos kerja pembinaan yang berhubungan dengan kompleks PR1MA;
(h) untuk melantik, mengambil kerja dan membayar ejen, penasihat teknikal dan kewangan, termasuklah peguam bela dan peguam cara, pengurus bank, pakar atau perunding dan orang lain, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan untuk menguruskan apa-apa perniagaan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya;
(i) untuk mengenakan fi, kos, levi atau apa-apa caj lain yang disifatkannya patut bagi perkhidmatan yang diberikannya;
(j) untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan dan pembiayaan sumber manusia dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya yang sepatutnya dan berkesan; dan
(k) untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.