(1) In performing its functions under this Act, it shall be the responsibility of the Corporation to—
(a) ensure that the functions are performed in such manner as shall be in furtherance of the policy of the Federal Government and in particular the policy relating to PR1MA development and PR1MA complexes; and
(b) have regard to and act—
(i) in accordance with this Act and any other written law relevant to PR1MA development and PR1MA complexes; and
(ii) within the general framework of the policy of the Government Entities in respect of the development and use of land and buildings.
(2) Without prejudice to any other provision of this Act, in carrying out its responsibility under subsection (1), the Corporation may—
(a) assist the relevant local planning authorities to coordinate PR1MA development where it is undertaken;
(b) identify the necessary infrastructure for PR1MA complexes, develop and recommend strategies and initiatives for the provision of such infrastructure, and monitor its construction, implementation, operation and upkeep; and
(c) recommend criteria to be met in relation to the provision of, or the capacity to provide, the infrastructure or services required, in accordance with the standards
determined by the Corporation, for PR1MA development and PR1MA complexes.
Malay text (authoritative)
Tanggungjawab Perbadanan
(1) Dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, menjadi tanggungjawab Perbadanan untuk—
(a) memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA; dan
(b) memberi perhatian kepada dan bertindak—
(i) mengikut Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA; dan
(ii) dalam kerangka am dasar Entiti Kerajaan berkenaan dengan pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan.
(2) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1), Perbadanan boleh—
(a) membantu pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkaitan untuk menyelaraskan pembangunan PR1MA di mana pembangunan PR1MA sedang diusahakan;
(b) mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan bagi kompleks PR1MA, membangunkan dan mengesyorkan strategi dan inisiatif bagi penyediaan infrastruktur itu, dan memantau pembinaannya, pelaksanaannya, pengendaliannya dan senggaraannya; dan
(c) mengesyorkan kriteria yang hendaklah dipenuhi berhubung dengan penyediaan, atau keupayaan untuk menyediakan, infrastruktur atau perkhidmatan yang dikehendaki, mengikut standard yang ditentukan oleh Perbadanan, bagi pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA.
Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).