LawPlayer
My bookmarks
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 34

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 34

Act no.
Act 739
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 [Act 739], s 34

s 34 Eligibility to participate in PR1MAdevelopment

(1) No person shall engage in, carry on or undertake a PR1MA development unless he has been approved by the Corporation under this Act. (2) A person shall be eligible to apply for approval to participate in any part of PR1MA development if he fulfills the following criteria: (a) he is a licensed housing developer under the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966; or (b) he is a registered contractor under Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994; and (c) he fulfills such other criteria as may be specified by the Corporation from time to time. (3) Any eligible person under this section may apply to the Corporation by submitting a written application to the Corporation in such manner and accompanied by such fees as may be prescribed by the Corporation. (4) For the purposes of subsection (3), the conditions and specifications relating to the manner in which an application is to be furnished shall be as specified by the Corporation. (5) Upon receiving an application for an approval under this section, the Corporation may grant the approval applied for or refuse to grant such approval and in granting such approval the Corporation may impose thereon such conditions, including the validity period of the approval as the Corporation may deem fit and proper. (6) Subject to subsection (8), the Corporation may, at any time, vary, cancel or alter the conditions imposed under subsection (5) or impose any new or additional conditions or, where the approval is not subject to any condition, impose thereon such conditions as the Corporation may deem fit and proper. (7) If any person approved by the Corporation under this section— (a) fails to comply with any of the provisions of this Act or of any other written law; (b) fails to comply with any of the conditions imposed under subsections (5) or (6); (c) improperly or illegally obtained the approval under this section; (d) has a receiver, receiver and manager, provisional liquidator or like officials has been appointed over the whole or substantial part of his assets and such appointment is not revoked within a period of sixty days from the date of such appointment; or (e) would no longer be entitled to be granted such approval under this section due to any act or default on his part or there has been a change of circumstances as such that he would no longer fulfill the criteria specified under subsection (2), the Corporation may, subject to subsection (8), revoke or suspend the approval issued to such person as the Corporation may determine. (8) Before varying, cancelling or altering any condition imposed under subsection (5) or before imposing thereon any new or additional condition under subsection (6) or before revoking or suspending an approval under subsection (7), the Corporation shall notify the person who is affected by the action proposed to be taken by the Corporation of the aforesaid proposed action and shall give that person an opportunity to submit representations or explanations as to why the aforesaid proposed action should not be carried out. (9) Any person aggrieved by the decision of the Corporation to reject an application for approval under subsection (5), to impose any condition or additional condition under subsection (5) or (6), to vary or alter any condition under subsection (6) or to revoke or suspend an approval under subsection (7) may, within thirty days of the decision being notified to him, appeal to the Appeal Tribunal in writing. (10) Any approval or revocation or suspension made by the Corporation under this section shall be registered as soon as practicable in the register.

Malay text (authoritative)

Kelayakan untuk menyertai pembangunan PR1MA

(1) Tiada seorang pun boleh terlibat dalam, menjalankan atau mengusahakan pembangunan PR1MA melainkan jika dia telah diluluskan oleh Perbadanan di bawah Akta ini. (2) Seseorang layak untuk memohon bagi kelulusan untuk menyertai dalam mana-mana bahagian pembangunan PR1MA jika dia memenuhi kriteria yang berikut: (a) dia ialah pemaju perumahan berlesen di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966; atau (b) dia ialah kontraktor berdaftar di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994; dan (c) dia memenuhi apa-apa kriteria lain yang dinyatakan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa. (3) Mana-mana orang yang layak di bawah seksyen ini boleh memohon kepada Perbadanan dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Perbadanan mengikut apa-apa cara dan disertakan dengan apa-apa fi yang ditetapkan oleh Perbadanan. (4) Bagi maksud subseksyen (3), syarat dan spesifikasi yang berhubungan dengan cara permohonan itu dikemukakan hendaklah sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanan. (5) Selepas menerima permohonan bagi suatu kelulusan di bawah seksyen ini, Perbadanan boleh memberikan kelulusan yang dipohon atau enggan untuk memberikan kelulusan itu dan dalam memberikan kelulusan itu Perbadanan boleh mengenakan apa-apa syarat, termasuklah tempoh sah kelulusan itu, sebagaimana yang difikirkan patut dan wajar oleh Perbadanan. (6) Tertakluk kepada subseksyen (8), Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengubah, membatalkan atau merubah syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) atau mengenakan apa-apa syarat baru atau tambahan atau, jika kelulusan itu tidak tertakluk kepada apa-apa syarat, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut dan wajar oleh Perbadanan. (7) Jika mana-mana orang yang diluluskan oleh Perbadanan di bawah seksyen ini— (a) tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; (b) tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) atau (6); (c) dengan tidak sewajarnya atau secara tidak sah memperoleh kelulusan di bawah seksyen ini; (d) mempunyai penerima, penerima dan pengurus, pelikuidasi sementara atau pegawai seumpamanya telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar asetnya dan pelantikan itu tidak dibatalkan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau (e) tidak lagi berhak untuk diberi kelulusan itu di bawah seksyen ini disebabkan apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihaknya atau telah terdapat perubahan hal keadaan yang membuatkan dia tidak lagi memenuhi kriteria yang dinyatakan di bawah subseksyen (2), Perbadanan boleh, tertakluk kepada subseksyen (8), membatalkan atau menggantung kelulusan yang dikeluarkan kepada orang itu sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (8) Sebelum mengubah, membatalkan atau merubah apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) atau sebelum mengenakan ke atasnya apa-apa syarat baru atau tambahan di bawah subseksyen (6) atau sebelum membatalkan atau menggantung sesuatu kelulusan di bawah subseksyen (7), Perbadanan hendaklah memberitahu orang yang terkesan dengan tindakan yang dicadangkan untuk diambil oleh Perbadanan mengenai tindakan yang dicadangkan itu dan hendaklah memberi orang itu peluang untuk mengemukakan representasi atau penjelasan tentang sebab tindakan yang dicadangkan itu tidak patut dijalankan. (9) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Perbadanan untuk menolak sesuatu permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (5), untuk mengenakan apa-apa syarat atau syarat tambahan di bawah subseksyen (5) atau (6), untuk mengubah atau merubah apa-apa syarat di bawah subseksyen (6) atau untuk membatalkan atau menggantung suatu kelulusan di bawah seksyen (7) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Tribunal Rayuan secara bertulis. (10) Apa-apa kelulusan atau pembatalan atau penggantungan yang dibuat oleh Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan dalam daftar.

Read this section in the full act → · Open Part V →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 34 is headed “Eligibility to participate in PR1MAdevelopment” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 34 begins “(1) No person shall engage in, carry on or undertake a PR1MA development unless he has been approved by the Corporation under this Act.…”.
Location
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 34 is placed under “Part V: Pr1ma development and pr1ma complexes”.
Version
The text of Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2020.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 34 is s 33.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 34 is s 35.
Synced
LawPlayer last synced the text of Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 34 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next