My bookmarksSign up free
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 35

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 35

s 35 Directions by the Corporation

(1) Subject to subsections (2) and (3), the Corporation may, from time to time, issue any direction in writing to any person who has been approved by the Corporation under section 34 about the non-compliance of any condition of approval imposed under this Act, by that person, including the remedying of the noncompliance of the conditions of approval or the provisions of this Act or its regulations or rules. (2) Prior to making a direction under subsection (1) the Corporation shallβ€” (a) issue a notice in writing to the person, specifying the nature of the non-compliance and the required compliance; (b) grant the person an opportunity to be heard by way of a written submission on the reasons for his noncompliance within sixty days after the service of the notice referred to in paragraph (a); and (c) take into consideration any reason provided by the person in relation to the relevant non-compliance after the expiry of sixty-day period. (3) The direction made by the Corporation under this section shallβ€” (a) be registered as soon as practicable; (b) be effective from the date of its registration under paragraph (a) or such later date as the Corporation may specify in the direction; and (c) expire on such date as the Corporation may specify in the direction or if no date is specified, the direction shall remain in force until it is revoked. (4) The Corporation may vary or revoke a direction issued under this section and the procedures set out under subsections (1), (2) and (3) shall apply mutatis mutandis in respect of any variation or revocation of the direction. (5) Any person who objects to any direction issued by the Corporation may, within thirty days after the receipt of such direction, submit in writing to the Appeal Tribunal the grounds of his objection and the decision of the Appeal Tribunal thereon shall be final. (6) A person who fails to comply with a direction of the Corporation under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Arahan oleh Perbadanan

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis kepada mana-mana orang yang telah diluluskan oleh Perbadanan di bawah seksyen 34 mengenai ketidakpatuhan apa-apa syarat kelulusan yang dikenakan di bawah Akta ini, oleh orang itu, termasuklah meremedikan ketidakpatuhan syarat kelulusan atau peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedahnya. (2) Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1), Perbadanan hendaklahβ€” (a) mengeluarkan notis secara bertulis kepada orang itu, yang menyatakan jenis ketidakpatuhan itu dan pematuhan yang dikehendaki; (b) memberi orang itu peluang untuk didengar dengan cara mengemukakan suatu penghujahan bertulis tentang sebab ketidakpatuhannya dalam tempoh enam puluh hari selepas penyampaian notis yang disebut dalam perenggan (a); dan (c) mengambil kira apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu berhubung dengan ketidakpatuhan yang berkaitan selepas habis tempoh enam puluh hari itu. (3) Arahan yang dibuat oleh Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklahβ€” (a) didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan; (b) berkuat kuasa dari tarikh pendaftarannya di bawah perenggan (a) atau apa-apa tarikh yang lebih lewat sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanan dalam arahan itu; dan (c) habis tempoh pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Perbadanan dalam arahan itu atau jika tarikh tidak dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan. (4) Perbadanan boleh mengubah atau membatalkan suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan arahan itu. (5) Mana-mana orang yang membantah apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Perbadanan boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas menerima arahan tersebut, mengemukakan secara bertulis kepada Tribunal Rayuan alasan bagi bantahannya dan keputusan Tribunal Rayuan berkenaannya adalah muktamad. (6) Seseorang yang tidak mematuhi arahan Perbadanan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 739 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next