My bookmarksSign up free
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 42

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 42

s 42 The Eligible Persons’ Assistance Fund

(1) A fund to be known as the “Eligible Persons’ Assistance Fund” is established and shall be administered and controlled by the Corporation. (2) The Eligible Persons’ Assistance Fund shall consist of— (a) such sums as may be provided by the Parliament, from time to time, for the purpose of providing assistance to eligible persons; (b) all moneys received from any person for the purpose of assistance programmes for eligible persons; (c) all moneys derived from the income of investments of the Eligible Persons’ Assistance Fund by the Corporation; (d) sums borrowed under section 45 by the Corporation for the purpose of assistance programmes for eligible persons; (e) such sums as may be paid to the Corporation from time to time for loans made by the Corporation in relation to assistance programmes for eligible persons; (f) all moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Eligible Persons’ Assistance Fund; (g) any legal cost paid to, or recovered by, the Corporation in any settlement of civil action or proceedings relating to the assistance programmes for eligible persons; (h) all moneys recouped from or paid by the eligible persons pursuant to any assistance programmes for eligible persons; and (i) all other moneys lawfully received by the Corporation for the purpose of the assistance programmes for eligible persons. (3) The Eligible Persons’ Assistance Fund shall be expended for the purposes of— (a) paying any expenditure lawfully incurred by the Corporation in relation to the provision of the assistance programmes for eligible persons; (b) paying any other expenses, costs or expenditure in relation to the procurement of goods and services, including the engagement of consultants, legal fees and costs as well as other fees and costs properly incurred or accepted by the Corporation in the performance of its functions or the exercise of its powers under this Act in providing the assistance programmes for eligible persons; (c) providing monetary assistance by way of grants, subsidies, loans or equity or any other method as may be specified by the Corporation to eligible persons to purchase or rent PR1MA homes; (d) repaying any moneys borrowed under section 45 for the purpose of providing assistance programmes for eligible persons and the interest due on the borrowed moneys; (e) investment under section 46; and (f) generally paying any expenses for carrying into effect the functions of the Corporation in relation to assistance programmes for eligible persons.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak

(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan. (2) Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen, dari semasa ke semasa, bagi maksud pemberian bantuan kepada orang yang layak; (b) semua wang yang diperoleh daripada mana-mana orang bagi maksud program bantuan bagi orang yang layak; (c) semua wang yang berpunca daripada pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak oleh Perbadanan; (d) jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 45 bagi maksud program bantuan bagi orang yang layak; (e) apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Perbadanan dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang dibuat oleh Perbadanan yang berhubung dengan program bantuan bagi orang yang layak; (f) semua wang yang diperoleh daripada pengendalian apaapa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak; (g) apa-apa kos guaman yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh Perbadanan dalam mana-mana penyelesaian tindakan atau prosiding guaman yang berhubungan dengan program bantuan bagi orang yang layak; (h) semua wang yang diperoleh semula atau dibayar oleh orang yang layak menurut apa-apa program bantuan bagi orang yang layak; dan (i) semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Perbadanan bagi maksud program bantuan bagi orang yang layak. (3) Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Perbadanan berhubung dengan program bantuan bagi orang yang layak; (b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barangan dan perkhidmatan, termasuklah pengambilan khidmat perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Perbadanan dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini dalam menyediakan program bantuan bagi orang yang layak; (c) memberi bantuan kewangan melalui pemberian, subsidi, pinjaman atau ekuiti atau apa-apa kaedah lain yang dinyatakan oleh Perbadanan kepada orang yang layak untuk membeli atau menyewa kediaman PR1MA; (d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 45 bagi maksud menyediakan program bantuan bagi orang yang layak dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu; (e) pelaburan di bawah seksyen 46; dan (f) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan fungsi Perbadanan berhubung dengan program bantuan bagi orang yang layak.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 739 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next