My bookmarksSign up free
← Veterans Act 2012

Veterans Act 2012 s 2

Veterans Act 2012 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “veteran activity” includes the following activities: (a) organizing any welfare and socioeconomic programs for veterans and their dependants; (b) organizing any campaign in relation to the interests of veterans and their dependants; (c) raising funds, donations or monetary contributions for the welfare of veterans or members of any veterans association; (d) organizing any appreciation and acknowledgement programs for veterans; (e) organizing or promoting any awareness programs for the interest and benefit of veterans; and (f) participating in conferences, meetings, congregations or programs in relation to veterans held in Malaysia or elsewhere; “Department” means the Malaysian Armed Forces Veterans Affairs Department; “Council” means the National Veterans Council; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for defence; “Registrar” means the Registrar appointed under section 7; “association” means any organization, society, association, club or body consisting of at least fifty percent membership amongst former members of the Malaysian Armed Forces or the Commonwealth Forces who have served in Malaysia; “veterans association” means any association which is registered under this Act; “veteran” means a Malaysian citizen who has served full time and has not been retired or discharged from service on grounds of misconduct in any of the following Forces: (a) regular forces of the Malaysian Armed Forces; (b) volunteer forces mobilized full time by the Malaysian Armed Forces regardless of length of service; (c) Force 136; (d) British Forces who served in Malaya, Malaysia or Singapore; and (e) Sarawak Rangers.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aktiviti veteran” termasuklah aktiviti yang berikut: (a) menganjurkan apa-apa program kebajikan dan sosioekonomi bagi veteran dan tanggungannya; (b) menganjurkan apa-apa kempen berhubung dengan kepentingan veteran dan tanggungannya; (c) mendapatkan dana, derma atau sumbangan kewangan bagi kebajikan veteran atau ahli mana-mana persatuan veteran; (d) menganjurkan apa-apa program penghargaan dan pengiktirafan bagi veteran; (e) menganjurkan atau menggalakkan apa-apa program kesedaran bagi kepentingan dan faedah veteran; dan (f) menyertai persidangan, mesyuarat, perjumpaan atau program berhubung dengan veteran yang diadakan di Malaysia atau di tempat lain; “Jabatan” ertinya Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia; “Majlis” ertinya Majlis Veteran Kebangsaan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan; “Pendaftar” ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 7; “persatuan” ertinya mana-mana organisasi, pertubuhan, persatuan, kelab atau badan yang keahliannya terdiri daripada sekurangkurangnya lima puluh peratus dari kalangan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Angkatan Tentera Komanwel yang pernah berkhidmat di Malaysia; “persatuan veteran” ertinya apa-apa persatuan yang didaftarkan di bawah Akta ini; “veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut: (a) angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia; (b) angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan; (c) Force 136; (d) Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan (e) Sarawak Rangers.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 740 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next