My bookmarksSign up free
← Postal Services Act 2012

Postal Services Act 2012 s 110

Postal Services Act 2012 s 110

s 110 Savings and transitional

(1) The Postal Services Act 1991 [Act 465] (the “repealed Act”) is repealed. (2) Any subsidiary legislation made under the repealed Act shall, in so far as it is not inconsistent with this Act, remain in operation until revoked or replaced by subsidiary legislation made under this Act, and shall be deemed for all purposes to have been made under this Act. (3) Any registration, act, order, direction, approval or decision done, made or given before the appointed date shall be deemed to have been done, made or given under this Act and shall continue in full force and effect in relation to whom they apply until amended or revoked under this Act or new rules, regulations or other subsidiary legislation are made under this Act or until the date of its expiry. (4) Nothing in the repealed Act or this Act shall affect any person’s liability to be prosecuted or punished for offences or breaches committed under the repealed Act before the appointed date, or any proceedings brought, sentence imposed or action taken before that day in respect of such offence or breach.

Malay text (authoritative)

Kecualian dan peralihan

(1) Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] (“Akta yang dimansuhkan”) dimansuhkan. (2) Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan ini hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah disifatkan bagi segala maksud telah dibuat di bawah Akta ini. (3) Mana-mana pendaftaran, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan yang telah dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh ditetapkan hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan berhubung dengan mereka yang terhadapnya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini atau kaedahkaedah baru, peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari yang lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh habis tempoh pendaftaran, tindakan, perintah, arahan atau keputusan. (4) Tiada apa-apa dalam Akta yang dimansuhkan atau Akta ini boleh menyentuh mana-mana orang yang boleh didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dijatuhkan, atau tindakan yang diambil, sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part XVII →

Find Act 741 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next