My bookmarksSign up free
← Postal Services Act 2012

Postal Services Act 2012 s 45

Postal Services Act 2012 s 45

s 45 Authorization of a conduct

(1) A licensee may apply to the Commission, prior to engaging in any conduct which may be construed to have the purpose or the effect of substantially lessening competition in a postal market, for authorization of the conduct. (2) Notwithstanding the provisions of this Part, the Commission shall authorize the conduct if the Commission is satisfied that the authorization is in the national interest. (3) Before authorizing the conduct, the Commission may require the licensee to submit an undertaking regarding its conduct in any matter relevant to the authorization. (4) If the licensee subsequently withdraws the undertaking, the authorization shall be deemed never to have been given for the purpose of this Part. (5) A licensee may withdraw an application made under subsection (1) at any time.

Malay text (authoritative)

Kebenaran bagi perlakuan

(1) Seseorang pemegang lesen boleh memohon kepada Suruhanjaya, sebelum membuat apa-apa perlakuan yang boleh ditafsirkan sebagai mempunyai maksud atau kesan mengurangkan persaingan yang cukup besar dalam suatu pasaran pos, untuk mendapatkan kebenaran bagi perlakuan itu. (2) Walau apa pun peruntukan Bahagian ini, Suruhanjaya hendaklah membenarkan perlakuan itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kebenaran itu adalah demi kepentingan negara. (3) Sebelum membenarkan perlakuan itu, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu supaya mengemukakan suatu aku janji berkenaan dengan perlakuannya dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan kebenaran itu. (4) Jika pemegang lesen itu kemudiannya menarik balik aku janji itu, kebenaran itu hendaklah disifatkan tidak pernah diberikan bagi maksud Bahagian ini. (5) Seseorang pemegang lesen boleh menarik balik sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 741 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next