My bookmarksSign up free
← Postal Services Act 2012

Postal Services Act 2012 s 71

Postal Services Act 2012 s 71

s 71 Provision of information

(1) This section applies to a person if the Commission has reasonable grounds to believe that the person— (a) has any information or any document in his custody that is relevant to the performance of the Commission’s powers and functions under this Act; or (b) is capable of giving any evidence which the Commission has reasonable grounds to believe is relevant to the performance of the Commission’s powers and functions under this Act. (2) Notwithstanding the provisions of any other written law, the Commission, by written notice, may direct a person— (a) to provide to the Commission, within the period and in the manner and form specified in the notice, any such information referred to in subsection (1); (b) to produce to the Commission, within the period and in the manner and form specified in the notice, any such document referred to in subsection (1), whether in a physical form or in electronic media; (c) to make copies of, or extracts from, any such documents referred to in subsection (1) and to produce copies or extracts of such document, as the case may be, to the Commission within the period and in the manner specified in the notice; (d) if the person is an individual, to appear before the Commission at a time and place specified in the notice to give any information, either orally or in writing, and produce any document referred to in subsection (1), whether in physical form or in electronic media; (e) if the person is a body corporate, to cause a relevant and competent officer of the body corporate to appear before the Commission at a time and place specified in the notice to give any information, either orally or in writing, and produce any document referred to in subsection (1), whether in physical form or in electronic media; (f) if the person is a partnership, to cause an individual who is a partner in the partnership or an employee of the partnership to appear before the Commission at a time and place specified in the notice to give any such information, either orally or in writing, and produce any document referred to in subsection (1), whether in physical form or in electronic media; or (g) to make a statement to the Commission providing an explanation of any information or document referred to in subsection (1) within the period and in the manner and form specified in the notice. (3) Where the Commission directs any person to produce any document under subsection (2) and the person is not in custody of the document, that person shall— (a) state, to the best of his knowledge and belief, where the document may be found; and (b) identify, to the best of his knowledge and belief, the last person who has custody of the document and where that last-mentioned person may be found. (4) Any person directed to provide information or document under subsection (2) or (3) shall ensure that the information or document provided is true, accurate and complete and such person shall provide an express representation to that effect, including a representation that he is not aware of any other information or document which would make the information provided untrue or misleading. (5) Any person who refuses or fails to comply with the direction of the Commission under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Pemberian maklumat

(1) Seksyen ini terpakai bagi mana-mana orang jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu— (a) mempunyai apa-apa maklumat atau menyimpan dalam jagaannya apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini. (2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya, melalui notis bertulis, boleh mengarahkan seseorang– (a) untuk memberi Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat yang disebut dalam subseksyen (1); (b) untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik; (c) membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu; (d) jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik; (e) jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan perbadanan itu untuk hadir di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik; (f) jika orang itu suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik; atau (g) untuk membuat suatu pernyataan kepada Suruhanjaya dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu. (3) Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2) dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah— (a) menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan (b) mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai. (4) Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata bermaksud sedemikian, termasuklah suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat atau dokumen lain yang boleh menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. (5) Mana-mana orang yang menolak atau tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 741 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next