My bookmarksSign up free
← Postal Services Act 2012

Postal Services Act 2012 s 79

Postal Services Act 2012 s 79

s 79 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath from an authorized officer and after such inquiry as the Magistrate considers necessary, that there is reasonable cause to believe that an offence under this Act is being committed on any premises, or that any evidence or thing which is necessary to the conduct of an investigation into an offence may be found on the premises, the Magistrate may issue a warrant authorizing any police officer not below the rank of Inspector, or any authorized officer named on it, to enter the premises at any reasonable time by day or night, with or without assistance and if need be by force, and there to search for and seize any such evidence or thing. (2) Without affecting the generality of subsection (1), the warrant issued by the Magistrate may authorize the search and seizure of— (a) any book, record, account, or other document, including computerized data which contains or is reasonably suspected to contain information as to any offence so suspected to have been committed or is otherwise necessary to conduct an investigation into an offence; (b) any signboard, card, letter, pamphlet, leaflet or notice representing or implying that the person has a licence issued under this Act; or (c) any document, equipment, instrument or article that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence. (3) An authorized officer conducting a search under subsection (1) may, for the purpose of investigating into the offence, search any person who is in or on the premises. (4) An authorized officer may detain any person found on any premises searched under subsection (3) until the search is completed. (5) An authorized officer making a search of a person under subsection (3) may seize or take possession of, and place in safe custody all things, other than the necessary clothing found upon the person, and any other things which there is reason to believe were the instruments or other evidence of the offence, and they may be detained until the discharge or acquittal of the person. (6) No person shall be searched except by another person of the same gender, and such search shall be conducted with strict regard to decency. (7) If, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any book, record, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or matter seized under this section, the authorized officer shall by any means seal such book, record, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or matter in the premises or container in which it is found. (8) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (7) or removes any book, record, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or matter under seal or attempts to do so commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada seseorang pegawai yang diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan di manamana premis, atau bahawa apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan sesuatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan yang mungkin berada di dalam mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor, atau manamana pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan untuk menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan— (a) apa-apa buku, rekod, akaun, atau dokumen lain termasuklah data berkomputer yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan; (b) pa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau secara tidak langsung menyatakan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau (c) apa-apa dokumen, kelengkapan, peralatan atau barang yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (3) Seorang pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu. (4) Seorang pegawai yang diberi kuasa boleh menahan mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen (3) sehingga penggeledahan itu selesai. (5) Seorang pegawai yang diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milikan dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu yang dipakai oleh orang itu, dan apaapa benda lain yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan. (6) Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan. (7) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan manamana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah seksyen ini tidak praktik untuk dilaksanakan, pegawai yang diberi kuasa hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (8) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7) atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 741 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next