My bookmarksSign up free
← Postal Services Act 2012

Postal Services Act 2012 s 87

Postal Services Act 2012 s 87

s 87 Examination of person acquainted with case

(1) An authorized officer making an investigation under this Act may examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case and shall reduce into writing any statement made by the person so examined. (2) Such person shall be legally bound to answer all questions relating to the case put to him by the authorized officer provided that the person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in answer to questions. (4) The authorized officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3). (5) A statement made by any person under this section shall, whenever possible, be taken down in writing and signed by the person making it or affixed with his thumb print, as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any corrections he may wish.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1) Seorang pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan manamana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian. (2) Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang diberi kuasa itu dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak. (4) Pegawai yang diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 741 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next