s 95 Compounding of offences
(1) The Minister may prescribe any offence under this Act as an offence which may be compounded.
(2) The Commission may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence by any person under this Act and prescribed to be a compoundable offence by making a written offer to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Commission of an amount of money not exceeding fifty per centum of the maximum fine for that offence within such time as may be specified in the written offer.
(3) An offer under subsection (2) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or such extended time as the Commission may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(4) Where an offence has been compounded under subsection (2), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any book, record, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or matter seized in connection with the offence may be released by the Commission, subject to such terms and conditions as the Commission thinks fit to impose in accordance with the conditions of the compound.
(5) All sums of money received by the Commission under this section shall be paid into the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Menteri boleh menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini sebagai kesalahan yang boleh dikompaun.
(2) Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Suruhanjaya suatu amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
(3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bilabila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
(2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun itu dibuat, dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang Suruhanjaya fikirkan patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.
(5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).