My bookmarksSign up free
← Security Offences (Special Measures) Act 2012

Security Offences (Special Measures) Act 2012 s 6

Security Offences (Special Measures) Act 2012 s 6

s 6 Power to intercept communication

(1) Notwithstanding any other written law, the Public Prosecutor, if he considers that it is likely to contain any information relating to the commission of a security offence, may authorize any police officer— (a) to intercept, detain and open any postal article in the course of transmission by post; (b) to intercept any message transmitted or received by any communication; or (c) to intercept or listen to any conversation by any communication. (2) The Public Prosecutor, if he considers that it is likely to contain any information relating to the communication of a security offence, may— (a) require a communications service provider to intercept and retain a specified communication or communications of a specified description received or transmitted, or about to be received or transmitted by that communications service provider; or (b) authorize a police officer to enter any premises and to install on such premises, any device for the interception and retention of a specified communication or communications of a specified description and to remove and retain such evidence. (3) Notwithstanding subsection (1), a police officer not below the rank of Superintendent of Police may— (a) intercept, detain and open any postal article in the course of transmission by post; (b) intercept any message transmitted or received by any communication; or (c) intercept or listen to any conversation by any communication, without authorization of the Public Prosecutor in urgent and sudden cases where immediate action is required leaving no moment of deliberation. (4) If a police officer has acted under subsection (3), he shall immediately inform the Public Prosecutor of his action and he shall then be deemed to have acted under the authorization of the Public Prosecutor. (5) The court shall take cognizance of any authorization by the Public Prosecutor under this section. (6) This section shall have effect notwithstanding anything inconsistent with Article 5 of the Federal Constitution. (7) For the purpose of this section— “communication” means a communication received or transmitted by post or a telegraphic, telephonic or other communication received or transmitted by electricity, magnetism or other means; “communications service provider” means a person who provides services for the transmission or reception of communications.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memintas komunikasi

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan keselamatan, boleh membenarkan mana-mana pegawai polis— (a) untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos; (b) untuk memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau (c) untuk memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi. (2) Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan komunikasi suatu kesalahan keselamatan, boleh— (a) menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan perihalan yang diterima atau dihantar yang tertentu, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau (b) membenarkan pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memasang di premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan penyimpanan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu dan untuk memindahkan dan menyimpan keterangan itu. (3) Walau apa pun subseksyen (1), seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Polis boleh— (a) memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos; (b) memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau (c) memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi, tanpa kebenaran Pendakwa Raya dalam hal mendesak dan mendadak yang memerlukan tindakan segera tanpa masa untuk berfikir panjang. (4) Jika seorang pegawai polis telah bertindak di bawah subseksyen (3), pegawai polis itu hendaklah dengan segera memaklumkan Pendakwa Raya mengenai tindakannya itu dan sesudah itu dia hendaklah disifatkan sebagai telah bertindak di bawah kebenaran Pendakwa Raya. (5) Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang apa-apa kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini. (6) Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. (7) Bagi maksud seksyen ini— “komunikasi” ertinya suatu komunikasi yang diterima atau dihantar melalui pos atau suatu komunikasi telegraf, komunikasi telefon atau komunikasi lain yang diterima atau dihantar melalui cara elektrik, magnetik atau cara lain; “pemberi perkhidmatan komunikasi” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan bagi penghantaran atau penerimaan komunikasi.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 747 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next