Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012 s 45
Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012 s 45
s 45 Collection of samples, etc.
(1) An assigned officer may, without payment, request to obtain or retain samples of a physical entity from any person in possession of such physical entity, which he believes contains information that is connected to or relevant for the purposes of road safety research, and, upon receipt of such sample, examine or analyze all its physical or chemical constituents and anything that he believes is used or capable of being used for the design, construction, manufacture, storage, distribution or sale of that physical entity.
(2) For the purposes of sections 43, 44 and 45—
(a) every assigned officer shall declare his office and shall on demand produce to the person against whom he is acting, his authority card; and
(b) a person may refuse to comply with a request or directive of an assigned officer if such officer refuses to declare his office and produce his authority card on demand being made by such person.
Malay text (authoritative)
Pengumpulan sampel, dsb.
(1) Seorang pegawai yang ditugaskan boleh, tanpa sebarang bayaran, memohon untuk mendapatkan atau menyimpan sampel entiti fizikal dari mana-mana orang yang mempunyai milikan ke atas entiti fizikal tersebut, yang dia percaya mengandungi maklumat berkaitan dengan atau relevan bagi maksud penyelidikan keselamatan jalan raya, dan, setelah menerima sampel itu, memeriksa atau menganalisis semua kandungan fizikal atau kimianya dan apa-apa benda yang dia percaya digunakan atau boleh digunakan untuk pereka bentukan, pembinaan, pembuatan, penyimpanan, pengedaran atau penjualan entiti fizikal tersebut.
(2) Bagi maksud seksyen 43, 44 dan 45—
(a) setiap pegawai yang ditugaskan hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan jika diminta menunjukkan kepada orang yang diambil tindakan olehnya, kad kuasanya; dan
(b) mana-mana orang boleh menolak permintaan atau arahan pegawai yang ditugaskan jika pegawai tersebut enggan mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kad kuasanya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).