s 22 Combination of Rukun Tetangga Area Committee activities
(1) The Rukun Tetangga Area Committees of two or more Areas may combine their activities—
(a) if it is deemed necessary or expedient to do so; or
(b) if the Director directs in writing for the Rukun Tetangga Area Committees to act in combination in accordance with and to the extent specified by the Director in such direction.
(2) If the Rukun Tetangga Area Committees of two or more Areas consider that in the combination of their activities it is necessary for all or any of the Rukun Tetangga Area Committees or Voluntary Patrolling Scheme members whilst carrying out patrol duty or guard duty, to perform functions or duties within an Area or Areas other than their own respective Area, it shall be lawful for them to do so subject to the written directions given by the Director.
Malay text (authoritative)
Pergabungan aktiviti Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
(1) Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga bagi dua Kawasan atau lebih boleh menggabungkan aktiviti mereka—
(a) jika difikirkan perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian; atau
(b) jika Pengarah mengarahkan secara bertulis supaya Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu bertindak secara pergabungan mengikut dan setakat yang dinyatakan oleh Pengarah dalam arahan itu.
(2) Jika Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga bagi dua Kawasan atau lebih memikirkan bahawa dalam pergabungan aktiviti-aktiviti mereka itu adalah perlu bagi semua atau mana-mana Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga atau anggota Skim Rondaan Sukarela semasa menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal, untuk melaksanakan fungsi atau tugas dalam Kawasan atau Kawasan- Kawasan selain Kawasan mereka masing-masing, adalah sah di sisi undang-undang untuk mereka berbuat demikian tertakluk kepada arahan bertulis yang diberikan oleh Pengarah.
Text as at 1 August 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).