s 23 Employee not to suffer loss of remuneration or any detriment
(1) Subject to section 20, an employer shall not subject an employee to any loss of remuneration or any detriment whatsoever by reason of such employee having to perform any duties or comply with any directions under Part III.
(2) Any question as to any loss of remuneration incurred by an employee who falls within the definition under the First Schedule of the Employment Act 1955, Sabah Labour Ordinance or Sarawak Labour Ordinance or an employee not falling within the definition of that Act or that Ordinance whose wages per month exceed two thousand five hundred ringgit but do not exceed five thousand ringgit shall be decided by the Director General.
Rukun Tetangga
(3) For the purpose of this section, Director General means—
(a) in respect of Peninsular Malaysia, the Director General of Labour appointed under subsection 3(1) of the Employment Act 1955;
(b) in respect of Sabah, the Director of Labour appointed under subsection 3(1) of the Sabah Labour Ordinance; and
(c) in respect of Sarawak, the Director of Labour appointed under subsection 3(1) of the Sarawak Labour Ordinance.
(4) Any question as to whether an employee, other than any person holding any office in any public service and statutory or local authority, has incurred any detriment shall be decided by a Director whose decision shall be final.
Malay text (authoritative)
Pekerja tidak boleh mengalami kehilangan saraan atau apa-apa kemudaratan
(1) Tertakluk kepada seksyen 20, seseorang majikan tidak boleh menjadikan seseorang pekerja tertakluk kepada apa-apa kehilangan saraan atau apa jua kemudaratan atas sebab pekerja itu melaksanakan apa-apa tugas atau mematuhi apa-apa arahan di bawah Bahagian III.
(2) Apa-apa persoalan tentang apa-apa kehilangan saraan yang dialami oleh pekerja yang termasuk dalam takrif di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh Sarawak atau pekerja yang tidak termasuk dalam takrif Akta atau Ordinan itu yang gajinya sebulan melebihi dua ribu lima ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ribu ringgit hendaklah diputuskan oleh Ketua Pengarah.
(3) Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah ertinya—
(a) berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955;
(b) berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sabah; dan
(c) berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sarawak.
(4) Apa-apa persoalan tentang sama ada seseorang pekerja, selain mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, telah mengalami apa-apa kemudaratan hendaklah diputuskan oleh seseorang Pengarah dan keputusan Pengarah itu adalah muktamad.
Text as at 1 August 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).