s 7 Appointment of Rukun Tetangga Area Committee
(1) A Director shall, within thirty days from the date of the designation of an Area under section 5 or within such longer period as precribed by the Director General, appoint in respect of the Area a Rukun Tetangga Area Committee which shall consist of such number of persons comprising residents, persons who have interest in the Area and other persons, as may be approved by the Director .
(2) A Director shall, after consultation with the members of the Rukun Tetangga Area Committee, appoint from amongst the members of the Rukun Tetangga Area Committeeβ
(a) a Chairman;
(b) a Deputy Chairman;
(c) a Secretary;
(d) an Assistant Secretary; and
(e) a Treasurer.
(3) A person shall be disqualified from being appointed as a member of the Rukun Tetangga Area Committee ifβ
(a) he has not attained the age of eighteen years;
(b) he is an undischarged bankrupt;
(c) he has been convicted of an offence and sentenced to imprisonment for a term of not less than one year or to a fine of not less than two thousand ringgit or to both;
Rukun Tetangga
(d) he is not a citizen or a permanent resident; or
(e) he is of unsound mind or is otherwise incapable of performing his duties.
(4) A member of the Rukun Tetangga Area Committee shall hold office for a term not exceeding two years and shall be eligible for reappointment upon expiry of his term of office, but shall not be appointed for more than three consecutive terms unless with the approval of the Director General.
Malay text (authoritative)
Pelantikan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
(1) Seseorang Pengarah hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penetapan sesuatu Kawasan di bawah seksyen 5 atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah, melantik berkenaan dengan Kawasan itu suatu Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang yang merangkumi pemastautin, orang yang mempunyai kepentingan dalam Kawasan itu dan orang lain, sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah.
(2) Pengarah hendaklah, selepas berunding dengan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, melantik dari kalangan anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetanggaβ
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang Penolong Setiausaha; dan
(e) seorang Bendahari.
(3) Seseorang tidak layak dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga jikaβ
(a) dia belum mencapai umur lapan belas tahun;
(b) dia seorang bankrap belum lepas;
(c) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit atau kedua-duanya;
(d) dia bukan warganegara atau pemastautin tetap; atau
(e) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya.
(4) Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik untuk lebih daripada tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah.
Read this section in the full act β Β· Open Part II β
Find Act 751 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 August 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).