s 8 Functions and duties of Rukun Tetangga Area Committee
A Rukun Tetangga Area Committee shall have the following functions and duties:
(a) to carry out such activities as to enhance and strengthen neighbourliness, unity, goodwill, harmony, comfort, peace, cooperation, safety, welfare, health, economic well being and quality of life amongst the members of community;
(b) to receive information on, to observe and to enquire, all issues pertaining to community conflict in the Area and to report such information, observation and enquiry to the Director;
(c) to take such steps as may be necessary or desirable to enable the residents to protect themselves against any criminal activities or disasters;
(d) to provide community mediation for the purpose of conciliation or otherwise settle any dispute or difference amongst the members of community; and
(e) to carry out any other functions or duties as directed by the Director General from time to time.
Malay text (authoritative)
Fungsi dan tugas Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut:
(a) untuk menjalankan apa-apa akitiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat;
(b) untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam Kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah;
(c) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;
(d) untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan
(e) untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
Text as at 1 August 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).