My bookmarksSign up free
← Minimum Retirement Age Act 2012

Minimum Retirement Age Act 2012 s 13

Minimum Retirement Age Act 2012 s 13

s 13 Power to require attendance of persons acquainted with case

(1) The Director General in making an investigation under this Act may, by order in writing, require the attendance before himself of any person who appears to him to be acquainted with the facts and circumstances of the case, and such person shall attend as so required. (2) If any person refuses or fails to attend as so required, the Director General may report such refusal or failure to a Magistrate who shall issue a summons to secure the attendance of such person as may be required by the order made under subsection (1). (3) The Director General may examine orally a person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case under his investigation. (4) A person shall be bound to answer all questions put to him relating to the case under investigation by the Director General but the person may refuse to answer any question which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (5) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in answer to questions. (6) The Director General examining a person under subsection (3) shall first inform the person of the provisions of subsections (4) and (5). (7) A statement made by any person under this section shall be reduced into writing and signed by the person making the statement or affixed with his thumbprint after the statement has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any correction he may wish.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1) Ketua Pengarah dalam membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapatnya mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki. (2) Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, Ketua Pengarah boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1). (3) Ketua Pengarah boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes di bawah dpenyiasatannya. (4) Seseorang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan kes di bawah penyiasatan tetapi orang itu boleh enggan untuk Umur Persaraan Minimum menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (5) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak. (6) Ketua Pengarah yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu tentang peruntukan subseksyen (4) dan (5). (7) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuat pernyataan itu atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 753 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next