My bookmarksSign up free
← Minimum Retirement Age Act 2012

Minimum Retirement Age Act 2012 s 17

Minimum Retirement Age Act 2012 s 17

s 17 Compounding of offences

(1) The Director General may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any employer under this Act which is prescribed to be a compoundable offence by making a written offer to the employer suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Director General of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within the time specified in the offer. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Director General may grant, the prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the employer to whom the offer was made. (3) If an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the employer to whom the offer to compound was made.

Malay text (authoritative)

Pengkompaun kesalahan

(1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana majikan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada majikan yang disyaki melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh masa yang Umur Persaraan Minimum dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap majikan yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap majikan yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 753 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next