My bookmarksSign up free
← Minimum Retirement Age Act 2012

Minimum Retirement Age Act 2012 s 3

Minimum Retirement Age Act 2012 s 3

s 3 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “prescribe” means prescribed by regulations; “Director General” means— (a) in respect of Peninsular Malaysia, the Director General of Labour appointed under subsection 3(1) of the Employment Act 1955 [Act 265]; (b) in respect of Sabah, the Director of Labour appointed under subsection 3(1) of the Sabah Labour Ordinance [Sabah Cap 67]; and (c) in respect of Sarawak, the Director of Labour appointed under subsection 3(1) of the Sarawak Labour Ordinance [Sarawak Cap 76]; “contract of service” means any agreement, whether oral or in writing, and whether express or implied, whereby one person agrees to employ another person as an employee and that person agrees to serve his employer as an employee; “employer” means any person who has entered into a contract of service to employ another person as an employee and includes an agent, a manager or factor of the first-mentioned person; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for human resources; “ l a b o u r officer” m eans the off ic e r a ppointe d unde r subsection 3(2) of the Employment Act 1955, subsection 3(1a) of the Sabah Labour Ordinance or subsection 3(1a) of the Sarawak Labour Ordinance; “employee” means any person who has entered into, and works under, a contract of service with an employer irrespective of his wages but does not include the person specified in the Schedule; “collective agreement” has the same meaning assigned to it in section 2 of the Industrial Relations Act 1967 [Act 177]; “retirement” means termination of a contract of service of an employee on the ground of age; “premature retirement” means a retirement not in accordance with section 5; “minimum retirement age” means the minimum retirement age provided under subsection 4(1) and where the Minister prescribes a higher minimum retirement age under subsection 4(2), such higher minimum retirement age.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan; “Ketua Pengarah” ertinya— (a) berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265]; (b) berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sabah [Sabah Bab 67]; dan (c) berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak Bab 76]; “kontrak perkhidmatan” ertinya mana-mana perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secra nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja; “majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang mula-mula disebut itu; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia; “pegawai tenaga kerja” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh Sabah atau subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh Sarawak; “pekerja” ertinya mana-mana orang yang membuat, dan bekerja di bawah, suatu kontrak perkhimatan dengan seorang majikan tanpa mengira gajinya tetapi tidak termasuk orang yang dinyatakan dalam Jadual; Umur Persaraan Minimum “perjanjian kolektif” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177]; “persaraan” ertinya penamatan sesuatu kontrak perkhidmatan seseorang pekerja atas alasan umur; “persaraan pramasa” ertinya persaraan yang tidak mengikut seksyen 5; “umur persaraan minimum” ertinya umur persaraan minimum yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) dan jika Menteri menetapkan suatu umur persaraan minimum yang lebih tinggi di bawah subseksyen 4(2), umur persaraan minimum yang lebih tinggi itu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 753 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next