Strata Management Act 2013 s 110
s 110 Right to appear at hearings
(1) At the hearing of a claim, every party shall be entitled to attend and be heard.
(2) No party shall be represented by an advocate and solicitor at a hearing unless, in the opinion of the Tribunal, the matter in question involves complex issues of law and one party will suffer severe financial hardship if he is not represented by an advocate and solicitor.
(3) If one party is allowed to be represented by an advocate and solicitor under subsection (2), the other party shall also be so entitled.
(4) Subject to subsections (2) and (3)—
(a) a corporation or unincorporated body of persons may be represented by a full-time paid employee of the corporation or body; and
(b) a minor or any other person under a disability may be represented by his next friend or guardian ad litem.
(5) Where a party is represented as permitted under subsection (4), the Tribunal may impose such conditions as it considers necessary to ensure that the other party to the proceedings is not substantially disadvantaged.
Malay text (authoritative)
Hak untuk hadir pada pendengaran
(1) Pada pendengaran sesuatu tuntutan, tiap-tiap pihak berhak untuk hadir dan didengar.
(2) Tiada pihak boleh diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada suatu pendengaran melainkan jika, pada pendapat Tribunal, perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks dan satu pihak akan mengalami kesusahan kewangan yang teruk jika dia tidak diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara.
(3) Jika satu pihak dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2), pihak yang satu lagi juga berhak sedemikian.
(4) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3)—
(a) suatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan boleh diwakili oleh pekerja perbadanan atau kumpulan orang itu yang bergaji sepenuh masa; dan
(b) orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakilnya atau penjaga ad litemnya.
(5) Jika suatu pihak diwakili sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (4), Tribunal boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi memastikan bahawa pihak yang satu lagi kepada prosiding itu tidak diletakkan dalam keadaan yang merugikan secara substansial.
Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →
Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).