My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 27

Strata Management Act 2013 s 27

s 27 Dissolution of joint management body

(1) A joint management body shall dissolve three months from the date of the first annual general meeting of the management corporation for the development area. (2) The joint management body shall, not more than one month from the date of the first annual general meeting of the management corporation— (a) transfer all balances of moneys in the maintenance account and in the sinking fund account, after payment of all the expenditure which have been properly charged to the accounts, to the management corporation; (b) hand over to the management corporation— (i) any additional by-laws; (ii) the audited accounts of the maintenance account and the sinking fund account or, if such accounts have not been audited, the unaudited accounts; (iii) all the assets and liabilities of the joint management body; (iv) all the documents delivered by the developer to the joint management body under subsection 15(3); and (v) all records relating to and necessary for the maintenance and management of the building or land intended for subdivision into parcels and the common property. (3) If only unaudited accounts have been handed over under subparagraph (2)(b)(ii), the joint management body shall hand over to the management corporation the audited accounts of the joint management body not more than three months from the date of the first annual general meeting of the management corporation. (4) If the joint management body fails to comply with subsection (2) or (3), every member of the joint management committee commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (5) In proceedings against the member of the joint management committee for an offence under subsection (4), it is a defence if the member proves that— (a) the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (b) he had taken all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence.

Malay text (authoritative)

Pembubaran badan pengurusan bersama

(1) Badan pengurusan bersama hendaklah terbubar tiga bulan dari tarikh mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan bagi kawasan pemajuan itu. (2) Badan pengurusan bersama hendaklah, tidak lebih daripada satu bulan dari tarikh mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan— (a) memindahkan semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan dalam akaun kumpulan wang penjelas, selepas pembayaran semua perbelanjaan yang dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun itu, kepada perbadanan pengurusan; (b) menyerahkan kepada perbadanan pengurusan— (i) apa-apa undang-undang kecil tambahan; (ii) akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diaudit; (iii) semua aset dan liabiliti badan pengurusan bersama itu; (iv) semua dokumen yang diserahkan oleh pemaju kepada badan pengurusan bersama itu di bawah subseksyen 15(3); dan (v) semua rekod yang berhubungan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama. (3) Jika hanya akaun yang belum diaudit diserahkan di bawah subperenggan (2)(b)(ii), badan pengurusan bersama itu hendaklah menyerahkan kepada perbadanan pengurusan akaun teraudit badan pengurusan bersama itu tidak lebih daripada tiga bulan dari tarikh mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan itu. (4) Jika badan pengurusan bersama tidak mematuhi subseksyen (2) atau (3), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan bersama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (5) Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bersama bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (4), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa— (a) kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan (b) dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next