My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 6

Strata Management Act 2013 s 6

s 6

(1) A developer of any building or land intended for subdivision into parcels in a development area shall not sell any parcel or proposed parcel unless— (a) a schedule of parcels showing the proposed share units of each parcel or proposed parcel and the total share units of all the parcels has been filed with the Commissioner under this Part; and (b) in the case of any phased development, the schedule of parcels filed with the Commissioner shows the proposed quantum of provisional share units for each provisional block. (2) In the case of any phased development, the developer shall also not sell any parcel or proposed parcel in any provisional block unless the developer has filed with the Commissioner an amended schedule of parcels showing the proposed allocation of the provisional share units among the new parcels in the provisional block. (3) A schedule of parcels filed under subsection (1) or an amended schedule of parcels filed under subsection (2) shall— (a) comprise a location plan, storey plan and delineation plan as specified in section 8a of the Strata Titles Act 1985; (b) show a legend of all parcels, all common properties and all accessory parcels, and in the case of accessory parcels, specify in the legend the parcels they are made appurtenant to; (c) contain a certificate by the developer’s licensed land surveyor that the buildings or land parcels shown in the schedule of parcels or amended schedule of parcels, as the case may be, are capable of being subdivided under the provisions of the Strata Titles Act 1985; (d) contain a certificate by the developer’s architect or engineer that the buildings or land parcels to be constructed in accordance with the approved plans and specifications and any amendments to the plans and specifications under the Street, Drainage and Building Act 1974 [Act 133] and any by-laws made under that Act, prepared by the developer’s architect or engineer, are capable of being subdivided under the provisions of the Strata Titles Act 1985; and (e) contain such other details as may be specified by the Commissioner. (4) The proposed share units of each parcel or proposed parcel as shown in the schedule of parcels filed with the Commissioner under subsection (1), and the proposed allocation of the provisional share units among the parcels in a provisional block as shown in the amended schedule of parcels filed with the Commissioner under subsection (2) shall be deemed to be the allocated share units assigned to each parcel for the purpose of Part IV of this Act, until such time as the share units of each parcel have been approved by the Director pursuant to section 18 of the Strata Titles Act 1985. (5) A copy of the schedule of parcels or an amended schedule of parcels, as the case may be, filed with the Commissioner under this Part shall be— (a) exhibited at all times in a conspicuous position in any office and branch office of the developer and at such place where sale of a parcel is conducted; and (b) submitted to the Director in any application for subdivision of building or land under the provisions of the Strata Titles Act 1985. (6) Any developer who fails to comply with subsection (1), (2) or (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. (7) Any person who— (a) knowingly makes or produces or causes to be made or produced any false or fraudulent certification that purports to comply with the requirement of paragraph (3)(c) or (d); or (b) negligently makes or produces or causes to be made or produced any false certification that purports to comply with the requirement of paragraph (3)(c) or (d), commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding three years or to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

(1) Pemaju mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak di dalam suatu kawasan pemajuan tidak boleh menjual mana-mana petak atau petak yang dicadangkan melainkan jika— (a) suatu jadual petak yang menunjukkan unit syer yang dicadangkan bagi setiap petak atau petak yang dicadangkan dan jumlah unit syer bagi semua petak telah difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini; dan (b) dalam hal mana-mana pemajuan berperingkat, jadual petak yang difailkan dengan Pesuruhjaya menunjukkan kuantum yang dicadangkan bagi unit syer sementara bagi setiap blok sementara. (2) Dalam hal mana-mana pemajuan berperingkat, pemaju juga tidak boleh menjual mana-mana petak atau petak yang dicadangkan di dalam mana-mana blok sementara melainkan jika pemaju itu telah memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu jadual petak yang dipinda yang menunjukkan pengumpukan yang dicadangkan bagi unit syer sementara di kalangan petak baru dalam blok sementara itu. (3) Suatu jadual petak yang difailkan di bawah subseksyen (1) atau jadual petak yang dipinda yang difailkan di bawah subseksyen (2) hendaklah— (a) mengandungi suatu pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan yang disebut dalam seksyen 8a Akta Hakmilik Strata 1985; (b) menunjukkan petunjuk bagi semua petak, semua harta bersama dan semua petak aksesori, dan dalam hal petak aksesori, menyatakan dalam petunjuk itu petak yang petak aksesori itu telah dihubungkaitkan; (c) mengandungi suatu perakuan oleh juruukur tanah berlesen pemaju bahawa bangunan atau petak tanah yang ditunjukkan dalam jadual petak atau jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985; (d) mengandungi suatu perakuan oleh arkitek atau jurutera pemaju bahawa bangunan atau petak tanah yang akan dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan dan mana-mana pindaan kepada pelan dan spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta itu, yang disediakan oleh arkitek atau jurutera pemaju, boleh dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985; dan (e) mengandungi apa-apa butiran lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya. (4) Unit syer yang dicadangkan bagi setiap petak atau petak yang dicadangkan yang ditunjukkan dalam jadual petak yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1), dan pengumpukan yang dicadangkan bagi unit syer sementara di kalangan petak dalam suatu blok sementara yang ditunjukkan dalam jadual petak yang dipinda yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai unit syer yang diumpukkan yang diuntukkan kepada setiap petak bagi maksud Bahagian IV Akta ini, sehinggalah unit syer bagi setiap petak diluluskan oleh Pengarah menurut seksyen 18 Akta Hakmilik Strata 1985. (5) Suatu salinan jadual petak atau jadual petak yang dipinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini hendaklah— (a) dipamerkan pada setiap masa di suatu kedudukan yang mudah dilihat di dalam mana-mana pejabat dan cawangan pejabat pemaju dan di mana-mana tempat sesuatu penjualan petak dijalankan; dan (b) dikemukakan kepada Pengarah dalam apa-apa permohonan bagi pecah bahagi bangunan atau tanah di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985. (6) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (7) Mana-mana orang yang— (a) dengan diketahuinya membuat atau menghasilkan atau menyebabkan dibuat atau dihasilkan apa-apa perakuan palsu atau fraud yang berupa sebagai mematuhi kehendak perenggan (3)(c) atau (d); atau (b) secara cuai membuat atau menghasilkan atau menyebabkan dibuat atau dihasilkan apa-apa perakuan palsu yang berupa sebagai mematuhi kehendak perenggan (3)(c) atau (d), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next