My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 74

Strata Management Act 2013 s 74

s 74 Acquisition of additional land, grant and acceptance of easements, etc.

(1) A management corporation, if authorized by a unanimous resolution, may— (a) acquire land outside the lot to be used for the purposes connected with subdivided building or land; (b) grant or accept the burden of an easement imposed on the lot for the benefit of some other land; or (c) accept the benefit of an easement imposed in favour of the lot on some other land. (2) The land outside the lot acquired under paragraph (1)(a)— (a) shall be treated and dealt with as if it were part of the common property; and (b) shall be held on a separate title and shall not be amalgamated with the lot. (3) Where an instrument is executed by the management corporation in the exercise of its powers under subsection (1)— (a) the instrument shall be valid and effective without execution by any proprietor or other person or body having an interest in the land; (b) the receipt of the management corporation for any moneys payable to the management corporation under the instrument shall be a good and sufficient discharge which exonerates the person or body paying the moneys from responsibility for the application of the moneys; and (c) when the instrument is filed for registration, it shall be endorsed with or accompanied by a certificate under the seal of the management corporation stating that— (i) the resolution directing the transaction to which the instrument relates was duly passed; and (ii) the transaction conforms to the terms of the resolution. (4) A certificate given under paragraph (3)(c) shall, in favour of the Commissioner or a party to the transaction other than the management corporation, be conclusive evidence of the facts certified.

Malay text (authoritative)

Pemerolehan tanah tambahan, pemberian dan penerimaan isemen, dsb.

(1) Perbadanan pengurusan, jika dibenarkan oleh suatu ketetapan sebulat suara, boleh— (a) memperoleh tanah di luar lot untuk digunakan bagi maksud yang berkaitan dengan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi; (b) memberi atau menerima beban isemen yang dikenakan ke atas lot itu bagi manfaat beberapa tanah lain; atau (c) menerima manfaat isemen yang dikenakan yang memihak kepada lot itu ke atas beberapa tanah lain. (2) Tanah di luar lot yang diperoleh di bawah perenggan (1)(a)— (a) hendaklah dianggap dan diuruskan seolah-olah ia adalah sebahagian daripada harta bersama; dan (b) hendaklah dipegang atas hakmilik berasingan dan tidak boleh disatukan dengan lot itu. (3) Jika sesuatu surat cara disempurnakan oleh perbadanan pengurusan dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1)— (a) surat cara itu adalah sah dan berkuat kuasa tanpa penyempurnaan oleh mana-mana pemilik atau orang atau badan lain yang mempunyai kepentingan atas tanah itu; (b) resit perbadanan pengurusan bagi apa-apa wang yang kena dibayar kepada perbadanan pengurusan di bawah surat cara itu hendaklah menjadi pelepasan yang baik dan mencukupi yang melepaskan orang atau badan yang membayar wang itu daripada tanggungjawab bagi penggunaan wang itu; dan (c) jika surat cara itu difailkan untuk pendaftaran, ia hendaklah diendors atau disertai dengan suatu perakuan di bawah meterai perbadanan pengurusan itu yang menyatakan bahawa— (i) ketetapan yang mengarahkan transaksi yang baginya surat cara itu adalah berkaitan telah diluluskan dengan sewajarnya; dan (ii) transaksi itu menepati terma-terma ketetapan itu. (4) Suatu perakuan yang diberikan di bawah perenggan (3)(c) hendaklah, memihak kepada Pesuruhjaya atau suatu pihak kepada transaksi itu selain perbadanan pengurusan, menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang diperakui.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next