My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 89

Strata Management Act 2013 s 89

s 89 Powers and duties of managing agent

(1) Where a managing agent has been appointed under subsection 86(1), the managing agent shall have control over the moneys in the maintenance account and the sinking fund account. (2) Subject to the general directions of the Commissioner, the managing agent appointed shall perform the duties and exercise the powers with regard to the maintenance and management of the building as if he were acting as the developer, joint management body, management corporation or subsidiary management corporation, as the case may be. (3) It shall be the duty of the managing agent to pay all moneys received by him in his capacity as managing agent into the accounts specified in subsection (1) of that development area within three working days of receiving the moneys. (4) As soon as practicable after his appointment, but in any case not more than one month after his appointment, a managing agent shall prepare and submit to the Commissioner a statement showing as at the date of his appointment— (a) the moneys standing to the credit of the maintenance account or the sinking fund account; (b) the amounts due and owing by the parcel owners or proprietors which are to be deposited into the maintenance account or the sinking fund account; (c) any income derived from the common property or the proposed limited common property of the development area, which is to be deposited into the maintenance account or the sinking fund account; and (d) any sum incurred for the maintenance and management of any building or land, which is authorized to be paid out of the maintenance account or the sinking fund account, and which remains unpaid. (5) Any managing agent who fails to comply with subsection (3) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding five thousand ringgit for every day or part thereof during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Kuasa dan kewajipan ejen pengurusan

(1) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik di bawah subseksyen 86(1), ejen pengurusan itu hendaklah mempunyai kawalan ke atas wang dalam akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas. (2) Tertakluk kepada arahan am Pesuruhjaya, ejen pengurusan yang dilantik hendaklah melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa berkenaan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan seolah-olah dia bertindak sebagai pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Hendaklah menjadi kewajipan ejen pengurusan itu untuk membayar semua wang yang diterima olehnya atas sifatnya sebagai ejen pengurusan ke dalam akaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1) bagi kawasan pemajuan itu dalam masa tiga hari bekerja daripada penerimaan wang itu. (4) Secepat yang dapat dilaksanakan selepas pelantikannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lebih daripada satu bulan selepas pelantikannya, seseorang ejen pengurusan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Pesuruhjaya suatu penyata yang menunjukkan setakat tarikh pelantikannya— (a) wang yang terdapat dalam kredit akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas; (b) jumlah yang kena dibayar dan terhutang oleh pemunya petak atau pemilik yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas; (c) apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada harta bersama atau harta bersama terhad yang dicadangkan bagi kawasan pemajuan, yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas; dan (d) apa-apa jumlah wang yang ditanggung bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah, yang dibenarkan dibayar daripada akaun penyenggaraan atau akaun kumpulan wang penjelas, dan yang masih tidak dibayar. (5) Mana-mana ejen pengurusan yang tidak mematuhi subseksyen (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next