s 100 Approval required for business transfer scheme
(1) No person shall enter into an agreement or arrangement for a scheme to transfer the whole or any part of the business of a licensed person, except with the prior written approval of the Bank.
(2) For the purposes of subsection (1), in the case of a licensed person which is a foreign insurer, a reference to “business” in subsection (1) is a reference to its Malaysian business as may be specified by the Bank.
(3) The transferor and transferee shall jointly submit an application for the approval of the Bank together with such documents or information as may be specified by the Bank.
(4) Where an agreement or arrangement for a business transfer scheme proposes to transfer the whole business, or a material part of the business of a licensed person, the Bank shall, prior to giving approval—
(a) be satisfied that the proposed agreement or arrangement is not prejudicial to—
(i) the interests of any person likely to be affected by the scheme; and
(ii) the safety and soundness of such licensed person; and
(b) obtain the concurrence of the Minister in respect of the proposed agreement or arrangement.
(5) For the purpose of subsection (4), the Bank may, after consultation with the Minister, specify what constitutes a material part of the business of a licensed person.
(6) The Bank may approve an application submitted under subsection (3), with or without conditions, or reject the application.
(7) The Bank shall notify the transferor and transferee of its decision under subsection (6) in writing.
Malay text (authoritative)
Kelulusan dikehendaki bagi skim pemindahan perniagaan
(1) Tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan bagi skim untuk memindahkan keseluruhan atau manamana bahagian perniagaan orang berlesen, kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal orang berlesen yang ialah penanggung insurans asing, suatu sebutan bagi “perniagaan” dalam subseksyen (1) ialah suatu sebutan bagi perniagaannya di Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(3) Pemindah dan penerima pindahan hendaklah bersesama mengemukakan suatu permohonan untuk kelulusan Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(4) Jika perjanjian atau perkiraan bagi skim pemindahan perniagaan bercadang untuk memindahkan keseluruhan perniagaan, atau suatu bahagian material perniagaan orang berlesen, Bank hendaklah, sebelum memberikan kelulusan—
(a) berpuas hati bahawa perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu tidak memudaratkan—
(i) kepentingan mana-mana orang yang berkemungkinan menjadi terjejas oleh skim itu; dan
(ii) keselamatan dan kekukuhan orang berlesen itu; dan
(b) mendapat persetujuan Menteri berkenaan dengan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu.
(5) Bagi maksud subseksyen (4), Bank boleh, selepas berunding dengan Menteri, menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan orang berlesen.
(6) Bank boleh meluluskan suatu permohonan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3), dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.
(7) B a n k h e n d a k l a h m e m b e r i t a h u p e m i n d a h a t a u penerima pindahan itu keputusannya secara bertulis di bawah subseksyen (6).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).