s 14 Authorized person to carry on authorized business only
(1) Unless the Bank otherwise specifies, an authorized person shall not carry on any business or activity in or outside Malaysia except in connection with or for the purposes of its authorized business or as provided in section 15.
(2) N o t w i t h s t a n d i n g s u b s e c t i o n ( 1 ) a n d s u b j e c t t o paragraphs 15(1)(d) and (e), an approved operator of a payment system or approved issuer of a designated payment instrument which is not a licensed person may carry on any business or activity which is not in connection with or for the purposes of its approved business.
(3) Except with the prior written approval of the Bank—
(a) a licensed insurer shall not carry on annuity certain business, financial guarantee insurance business or credit guarantee insurance business; and
(b) a licensed investment bank shall not accept money on deposit which is repayable on demand by cheques, drafts, orders or any other instrument drawn by a depositor on such licensed investment bank.
(4) Any authorized person who contravenes subsection (1) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding eight years or to a fine not exceeding twenty-five million ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Orang yang diberi kuasa menjalankan perniagaan yang dibenarkan sahaja
(1) Melainkan jika Bank menentukan selainnya, orang yang diberi kuasa tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan atau aktiviti di dalam atau di luar Malaysia kecuali berkaitan dengan atau bagi maksud perniagaan yang dibenarkannya atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 15.
(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada perenggan 15(1)(d) dan (e), pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan yang bukan orang berlesen boleh menjalankan apa-apa perniagaan atau aktiviti yang tidak berhubungan dengan atau bagi maksud perniagaan yang diluluskannya.
(3) Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank—
(a) penanggung insurans berlesen tidak boleh menjalankan perniagaan anuiti pasti, perniagaan insurans jaminan kewangan atau perniagaan insurans jaminan kredit; dan
(b) bank pelaburan berlesen tidak boleh menyetuju terima wang deposit yang boleh dibayar balik apabila dituntut melalui cek, draf, perintah atau mana-mana instrumen lain yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada bank pelaburan berlesen itu.
(4) Mana-mana orang yang diberi kuasa yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).