My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 15

Financial Services Act 2013 s 15

s 15 Authorized person and operator of designated payment system permitted to carry on certain Islamic financial business

(1) Upon an application to the Bank and where the Bank has granted its written approval— (a) a licensed bank or licensed investment bank may carry on Islamic banking business; (b) an approved insurance broker may carry on takaful broking business; (c) an approved financial adviser may carry on Islamic financial advisory business; (d) an operator of a designated payment system or approved operator of a payment system may facilitate participants engaged in Islamic financial business to transfer, clear or settle funds or securities; or (e) an approved issuer of a designated payment instrument may issue a designated Islamic payment instrument. (2) A person approved under subsection (1) shall be subject to— (a) the provisions of the Islamic Financial Services Act 2013, in particular the provisions of Parts IV, VI, IX, X and XIII of the Act, in so far as those provisions relate to the business such person is approved to carry on under that subsection; and (b) any standards, notices, directions, conditions, specifications or requirements specified or made under that Act relating to the business such person is approved to carry on under that subsection. (3) Without limiting the generality of subsection (2), a licensed bank or licensed investment bank approved under subsection (1) shall, for the purposes of carrying on Islamic banking business— (a) establish and maintain at all times an Islamic banking fund with such minimum amount as may be specified by the Bank to fund the operations of its Islamic banking business; and (b) keep all assets and liabilities of its Islamic banking business separate from its other assets and liabilities in such manner as may be specified by the Bank. (4) The Islamic banking fund established under paragraph (3)(a) shall— (a) be funded from the capital funds of the licensed bank or licensed investment bank and other sources of funds as may be specified by the Bank; and (b) be segregated from the capital funds of the licensed bank or licensed investment bank for the operations of its licensed business under this Act. (5) Unless otherwise specified by the Bank, the assets of a licensed bank or licensed investment bank in relation to its Islamic banking business shall not be— (a) used to fund the operations of its licensed business under this Act; and (b) subject to the debts or other obligations of the licensed bank or licensed investment bank in relation to its licensed business under this Act. (6) An operator of a designated payment system or approved operator of a payment system who has obtained the approval of the Bank under subsection (1) shall— (a) put in place operational arrangements of the payment system, including liquidity facilities which are; or (b) ensure its business conduct is, not contrary to Shariah in so far as the operational arrangements and the business conduct relate to the business which such operator is approved to carry on under subsection (1). (7) The board of directors of— (a) a licensed bank or licensed investment bank; or (b) an approved person or operator of a designated payment system which is required by the Bank under subsection 30(3) of the Islamic Financial Services Act 2013 to establish a Shariah committee, shall, without prejudice to section 56, have due regard to the advice of its Shariah committee in respect of the Islamic financial business carried on by the person. (8) For the purposes of this section— “designated Islamic payment instrument”, “Islamic banking business”, “Islamic financial advisory business”, “Shariah committee” and “takaful broking business” have the same meaning as defined in subsection 2(1) of the Islamic Financial Services Act 2013; “Islamic financial business” has the same meaning as defined in subsection 2(1) of the Central Bank of Malaysia Act 2009. (9) Any person who fails to obtain the approval of the Bank to carry on any business referred to under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding fifty million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Orang yang diberi kuasa dan pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan dibenarkan menjalankan perniagaan kewangan Islam tertentu

(1) Apabila suatu permohonan dibuat kepada Bank dan jika Bank telah memberikan kelulusan bertulisnya— (a) bank berlesen atau bank pelaburan berlesen boleh menjalankan perniagaan perbankan Islam; (b) broker insurans yang diluluskan boleh menjalankan perniagaan pembrokeran takaful; (c) penasihat kewangan yang diluluskan boleh menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam; (d) pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengendali sistem pembayaran yang diluluskan boleh memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti; atau (e) pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan boleh mengeluarkan suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan. (2) Orang yang diluluskan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada— (a) peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, khususnya peruntukan Bahagian IV, VI, IX, X dan XIII Akta itu, setakat peruntukan itu berhubung dengan perniagaan orang yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen itu; dan (b) apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat di bawah Akta itu yang berhubungan dengan perniagaan orang itu yang diluluskan untuk menjalankan di bawah subseksyen itu. (3) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2), bank berlesen atau bank pelaburan berlesen yang diluluskan di bawah subseksyen (1) hendaklah, bagi maksud menjalankan perniagaan perbankan Islam— (a) menubuhkan dan menyenggara pada setiap masa suatu kumpulan wang perbankan Islam pada apa-apa amaun minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk membiayai pengendalian perniagaan perbankan Islamnya; dan (b) menyimpan semua aset dan liabiliti perniagaan perbankan Islamnya berasingan daripada aset dan liabilitinya yang lain dengan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (4) Kumpulan wang perbankan Islam yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(a) hendaklah— (a) dibiayai daripada dana modal bank berlesen atau bank pelaburan berlesen dan dana daripada sumber lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan (b) diasingkan daripada dana modal bank berlesen atau bank pelaburan berlesen bagi pengendalian perniagaan berlesennya di bawah Akta ini. (5) Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, aset bank berlesen atau bank pelaburan berlesen berhubungan dengan perniagaan perbankan Islamnya tidak boleh— (a) digunakan untuk membiayai pengendalian perniagaan berlesennya di bawah Akta ini; dan (b) tertakluk kepada hutang atau obligasi lain bank berlesen atau bank pelaburan berlesen itu berhubungan dengan perniagaan berlesennya di bawah Akta ini. (6) Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengendali sistem pembayaran yang diluluskan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen (1) hendaklah— (a) menyediakan perkiraan pengendalian sistem pembayaran, termasuk kemudahan likuiditi yang; atau (b) memastikan pelakuan perniagaannya, tidak bertentangan dengan Shariah setakat mana perkiraan pengendalian dan pelakuan perniagaan itu berhubung dengan perniagaan yang pengendali itu diluluskan untuk menjalankan di bawah subseksyen (1). (7) Lembaga pengarah— (a) bank berlesen atau bank pelaburan berlesen; atau (b) orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang dikehendaki oleh Bank di bawah subseksyen 30(3) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk menubuhkan suatu jawatankuasa Shariah, hendaklah, tanpa menjejaskan seksyen 56, mengambil kira nasihat jawatankuasa Shariahnya berkenaan dengan perniagaan kewangan Islam yang dijalankan oleh orang itu. (8) Bagi maksud seksyen ini— “instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan”, “perniagaan perbankan Islam”, “perniagaan nasihat kewangan Islam”, “jawatankuasa Shariah” dan “perniagaan pembrokeran takaful” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; “perniagaan kewangan Islam” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009. (9) Mana-mana orang yang gagal mendapatkan kelulusan Bank untuk menjalankan apa-apa perniagaan yang disebut di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next