s 150 Examination or assessment by auditor or actuary
(1) The Bank may require an authorized person, operator of a designated payment system or financial holding company to appoint an auditor, or actuary, as the case may be, to carry out any specific examination or assessment in respect of its business or affairs as may be specified by the Bank and submit a report of such examination or assessment to the Bank.
(2) Where an examination or assessment is required under subsection (1), the remuneration of the auditor or actuary and other expenses related to such examination or assessment shall be borne by the authorized person, operator of a designated payment system or financial holding company.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan atau penilaian oleh juruaudit atau aktuari
(1) Bank boleh menghendaki orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan untuk melantik juruaudit, atau aktuari, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan atau penilaian tertentu berkenaan dengan perniagaannya atau hal ehwalnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan mengemukakan suatu laporan pemeriksaan atau penilaian itu kepada Bank.
(2) Jika suatu pemeriksaan atau penilaian dikehendaki di bawah subseksyen (1), saraan bagi juruaudit atau aktuari dan perbelanjaan lain berhubung dengan pemeriksaan atau penilaian itu hendaklah ditanggung oleh orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).