s 151 Confidential information
(1) Any document or information produced by the Bank as provided in subsection (2) as a result of the administration or enforcement of this Act, the Central Bank of Malaysia Act 2009 or any other written law administered by the Bank, or from an examination by a relevant supervisory authority under section 152, shall not be disclosed by any authorized person, operator of a designated payment system or financial holding company, or any director, officer, auditor or actuary of such persons, to any other person except in such circumstances as may be specified by the Bank.
(2) A document or information referred to in subsection (1) which shall not be disclosed, whether wholly or in part, shall include—
(a) any rating assigned by the Bank or relevant supervisory authority, as the case may be, to an authorized person, operator of a designated payment system or financial holding company;
(b) any stage of intervention assigned to an authorized person, operator of a designated payment system or financial holding company;
(c) any assessment of an authorized person, operator of a designated payment system or financial holding company made by the Bank or relevant supervisory authority,
as the case may be, as a result of an examination or other supervisory review of such person including any report, correspondence or recommendation made to such persons;
(d) any enforceable undertaking accepted by the Bank under section 259;
(e) any order made, or direction issued by the Bank under this Act or by the relevant supervisory authority, as the case may be, to an authorized person, operator of a designated payment system or financial holding company; or
(f) any other information as may be specified by the Bank.
(3) In any court proceedings, where any document or information referred to in this section is likely to be disclosed, the court, of its own motion, or at the application of a party to the proceedings or the Bank, may order for such proceedings to be held in camera and in such case, the document or information shall be secret as between the court and parties or the Bank thereto, and no such party shall disclose such document or information to any other person.
(4) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding eight years or to a fine not exceeding twentyfive million ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Maklumat rahsia
(1) Mana-mana dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh Bank sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) yang berbangkit daripada pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undangundang bertulis lain yang ditadbir oleh Bank, atau daripada suatu pemeriksaan oleh suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di bawah seksyen 152, tidak boleh didedahkan oleh manamana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan, atau man a- man a pengarah, pegawai, juruaudit atau aktuari orang itu, kepada mana-mana orang kecuali dalam apa-apa hal keadaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(2) Suatu dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen
(1) yang tidak boleh didedahkan sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya, hendaklah termasuk—
(a) apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut manamana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;
(b) apa-apa peringkat campur tangan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;
(c) apa-apa penilaian atas orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang dibuat oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut manamana yang berkenaan, yang berbangkit daripada suatu pemeriksaan atau ulasan penyeliaan lain atas orang itu termasuk apa-apa laporan, surat-menyurat atau syor yang dibuat kepada orang itu;
(d) apa-apa aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 259;
(e) apa-apa perintah yang dibuat, atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini atau oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau
(f) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(3) Dalam mana-mana prosiding mahkamah, jika apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam seksyen ini berkemungkinan akan didedahkan, mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding atau Bank, boleh memerintahkan prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam kes itu, dokumen atau maklumat hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak atau Bank itu, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau keduaduanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).