s 152 Examination by relevant overseas supervisory authority
(1) A relevant supervisory authority outside Malaysia which exercises functions corresponding to those of the Bank under this Act may, with the approval of the Bank, examine the books and transactions of—
(a) an approved representative office in Malaysia of a foreign institution;
(b) an authorized person which operates in Malaysia as a branch of a foreign institution; or
(c) an authorized person, registered person, operator of a designated payment system or financial holding company which is a subsidiary of a foreign institution,
established or incorporated in that country, territory or place, provided that such examination by the relevant supervisory authority is for the sole purpose of its supervisory functions.
(2) The relevant supervisory authority shall give to the Bank a written undertaking to protect the confidentiality of any information it has obtained during, or arising out of its examination under subsection (1) and the purposes for which such information may be used.
(3) Where the Bank has granted its approval under subsection (1), the provisions of section 133 shall not apply in relation to the examination to be carried out under such approval, to the extent specified in the approval.
(4) A c o p y o f t h e r e p o r t o f a n e x a m i n a t i o n u n d e r subsection (1) shall be lodged with the Bank upon the conclusion of such examination.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan
(1) Suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan Bank di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Bank, memeriksa buku dan transaksi—
(a) pejabat wakil yang diluluskan di Malaysia bagi institusi asing;
(b) orang yang diberi kuasa yang beroperasi di Malaysia sebagai suatu cawangan institusi asing; atau
(c) orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu subsidiari institusi asing,
yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam negara, wilayah atau tempat itu, dengan syarat bahawa pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu bagi maksud tunggal fungsi penyeliaannya.
(2) Pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu hendaklah memberi kepada Bank suatu aku janji bertulis untuk melindungi kerahsiaan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa, atau yang timbul daripada pemeriksaannya di bawah subseksyen (1) dan maksud yang maklumat itu boleh digunakan.
(3) Jika Bank telah memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1), peruntukan seksyen 133 tidak terpakai berhubung dengan pemeriksaan yang akan dijalankan di bawah kelulusan itu, setakat yang ditentukan dalam kelulusan itu.
(4) Suatu salinan laporan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah diserah simpan dengan Bank apabila pemeriksaan itu tamat.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).