Financial Services Act 2013 s 178
s 178 Continuity obligations
(1) The Bank may direct the residual institution and any person who has been providing services and facilities to the transferor for the operation of its business, to continue to provide to the transferee, such services and facilities as may be required to enable a transferee to operate the transferred business effectively.
(2) The duty to provide services and facilities in pursuance of the direction of the Bank in subsection (1) is subject to a right to receive reasonable consideration from the transferee.
(3) Any residual institution or person who fails to comply with a direction under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding eight years or to a fine not exceeding twenty-five million ringgit or to both.
Subdivision 5 - Provisions relating to bridge institution
Malay text (authoritative)
Obligasi berterusan
(1) Bank boleh mengarahkan institusi baki dan mana-mana orang yang telah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada pemindah itu bagi pengendalian perniagaannya, untuk terus menyediakan kepada penerima pindahan itu, apa-apa perkhidmatan dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk membolehkan penerima pindahan itu untuk mengendalikan perniagaan yang dipindahkan secara berkesan.
(2) Kewajipan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan menurut arahan Bank dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada hak untuk menerima balasan yang munasabah daripada penerima pindahan itu.
(3) Mana-mana institusi baki atau orang yang gagal mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Subpenggal 5 – Peruntukan yang berhubungan dengan institusi perantaraan
Read this section in the full act → · Open Division 2 →
Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).