My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 19

Financial Services Act 2013 s 19

s 19 Requirements for representative office

(1) No foreign institution shall— (a) establish a representative office in Malaysia unless it has obtained the prior written approval of the Bank; or (b) through its approved representative office, carry on any authorized or registered business in Malaysia. (2) Subject to the prohibition under paragraph (1)(b), a foreign institution may carry on, through its approved representative office, only such activities as may be specified by the Bank. (3) An application to establish a representative office shall be made in writing to the Bank together with such documents or information as may be specified by the Bank. (4) The Bank may on an application having been duly made in accordance with subsection (3) approve the application, with or without conditions, or reject the application. (5) The Bank may at any time in writing amend or revoke any existing conditions of an approval granted under subsection (4) or impose any new condition thereto. (6) The Bank may revoke an approval granted under subsection (4) if— (a) the approved representative office has— (i) breached or contravened any provision of this Act or the Central Bank of Malaysia Act 2009; or (ii) failed to comply with any condition imposed pursuant to the approval, regardless that there has been no prosecution or other action in respect of such breach, contravention or non-compliance; (b) the approved representative office has contravened any law in or outside Malaysia; or (c) it is in the interest of consumers of financial services and products in Malaysia to do so. (7) The Bank may, with the approval of the Minister, revoke an approval granted under subsection (4) if it is in the national interest to do so. (8) Any person who contravenes subsection (1) or (2) or fails to comply with any condition imposed under subsection (4) or (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding fifty million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Kehendak bagi pejabat wakil

(1) Tiada suatu institusi asing pun boleh— (a) menubuhkan suatu pejabat wakil di Malaysia melainkan jika ia telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu Bank; atau (b) melalui pejabat wakil yang diluluskan, menjalankan apa-apa perniagaan yang dibenarkan atau berdaftar di Malaysia. (2) Tertakluk kepada larangan di bawah perenggan (1)(b), institusi asing boleh menjalankan, melalui pejabat wakil yang diluluskannya, aktiviti sebagaimana yang ditentukan oleh Bank sahaja. (3) Suatu permohonan untuk menubuhkan suatu pejabat wakil hendaklah dibuat secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (4) Bank boleh atas suatu permohonan yang dibuat dengan sempurna mengikut subseksyen (3) meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu. (5) Bank boleh pada bila-bila masa secara bertulis meminda atau membatalkan mana-mana syarat sedia ada suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) atau mengenakan apaapa syarat baru atasnya. (6) Bank boleh membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya— (a) pejabat wakil yang diluluskan telah— (i) mungkir atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009; atau (ii) gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan itu, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran, pelanggaran atau ketidakpatuhan itu; (b) pejabat wakil yang diluluskan itu telah melanggar manamana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia; atau (c) ia adalah demi kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan di Malaysia untuk berbuat sedemikian. (7) Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya ia demi kepentingan nasional untuk berbuat sedemikian. (8) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) atau gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya. Penggal 5 Pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik atau pemberhentian perniagaan atau pengendalian

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next