My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 217

Financial Services Act 2013 s 217

s 217 Power of Minister to declare holiday for licensed person

(1) The Minister may, on the recommendation of the Bank, by notice in the Gazette, declare any day to be a holiday for all licensed persons, or for any class, category or description of licensed persons, or for such offices of such licensed persons, throughout, or in any part of, Malaysia, as may be specified in the notice. (2) No licensed person, or the office of the licensed person specified in the notice, shall carry on any business on any day declared as a holiday for such licensed person under subsection (1) unless the Minister, on the recommendation of the Bank, otherwise approves. (3) Where a day is declared to be a holiday under subsection (1)— (a) the licensed person or its office specified in the notice is not compellable on such holiday to make a payment or to do any other act that it would not be compellable to do on any day which is public holiday within the meaning of any law relating to public holidays; and (b) no person shall be compellable to make any payment on such holiday in or at a licensed person or its office specified in the notice, or to do in or at a licensed person or its office specified in the notice any act requiring the services of such licensed person, and the obligation to make the payment or to do the act shall be deemed to be an obligation to make the payment or to do the act on the next day which is not a public holiday within the meaning of any law relating to public holidays. (4) A day declared as a holiday for a licensed person or its office under subsection (1) shall not necessarily be a public holiday and nothing in this section shall affect the operation of any law relating to public holidays. (5) Any declaration of a holiday made under subsection (1) shall not— (a) invalidate any contract, agreement, transaction or arrangement entered into by the licensed person with any person; and (b) affect any right, obligation or liability arising under such agreement, transaction or arrangement.

Malay text (authoritative)

Kuasa Menteri untuk mengisytiharkan hari kelepasan bagi orang berlesen

(1) Menteri boleh, atas syor Bank, melalui notis dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana hari sebagai suatu hari kelepasan bagi semua orang berlesen, atau bagi apa-apa kelas, kategori atau perihalan orang berlesen, atau bagi mana-mana pejabat orang berlesen itu, di seluruh, atau di mana-mana bahagian, Malaysia, sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu. (2) Tiada orang berlesen atau pejabat orang berlesen itu ditentukan dalam notis itu, boleh menjalankan apa-apa perniagaan pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai suatu hari kelepasan bagi orang berlesen itu di bawah subseksyen (1) melainkan jika Menteri, atas syor Bank, meluluskan sebaliknya. (3) Jika suatu hari diisytiharkan sebagai suatu hari kelepasan di bawah subseksyen (1)— (a) orang berlesen itu atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu tidak boleh dipaksa pada hari kelepasan itu untuk membuat suatu pembayaran atau melakukan apaapa perbuatan lain yang ia tidak boleh dipaksa untuk melakukan pada mana-mana hari yang adalah hari kelepasan am dalam pengertian mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hari kelepasan am; dan (b) tiada seorang pun boleh dipaksa untuk membuat apa-apa pembayaran pada hari kelepasan itu dalam atau pada orang berlesen atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu, atau melakukan dalam atau pada orang berlesen atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu apaapa perbuatan yang menghendaki perkhidmatan orang berlesen itu, dan obligasi untuk membuat pembayaran atau melakukan perbuatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu obligasi untuk membuat pembayaran atau melakukan perbuatan itu pada hari selepasnya yang bukan merupakan suatu hari kelepasan am dalam pengertian mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hari-hari kelepasan am. (4) Suatu hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bagi orang berlesen atau pejabatnya di bawah subseksyen (1) tidak semestinya menjadi suatu hari kelepasan am dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan operasi mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hari kelepasan am. (5) Apa-apa pengisytiharan suatu hari kelepasan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh— (a) menidaksahkan apa-apa kontrak, perjanjian, transaksi atau perkiraan yang dibuat oleh orang berlesen itu dengan mana-mana orang; dan (b) menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa perjanjian, transaksi atau perkiraan itu.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next