My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 229

Financial Services Act 2013 s 229

s 229 Service of orders or notices generally, etc.

(1) Any order or notice that is given under this Part, shall, where it is required to be served on an individual, be served by— (a) delivering it personally to the person for whom it is intended; (b) delivering it to an adult person at the last-known place of residence, occupation or business of the person for whom it is intended; or (c) sending it by registered post to the person for whom it is intended. (2) Any order or notice that is given under this Part shall, where it is required to be served on a body corporate or unincorporate, be served by delivering the order or notice to an officer or agent of the body corporate or unincorporate at its registered address or business address. (3) If the officer effecting any order or notice under subsection (1) or (2) is satisfied, for reasons to be recorded by him in writing, that the order or notice cannot be served in the manner provided in subsection (1) or (2), the order or notice may be served by affixing the order or notice on a conspicuous part of the premises— (a) in which the individual for whom the order or notice is intended is known to have last resided, to have been last employed or to have last carried on business; or (b) at the last known registered address or business address of the body corporate or unincorporate for whom the order or notice is intended, and in such case the order or notice shall be deemed to have been duly served. (4) If upon an investigation made under this Act, it appears to the investigating officer that there is sufficient evidence or reasonable grounds for suspicion to justify the commencement or continuance of any proceedings against any person, the investigating officer shall require a complainant, if any, and so many of the persons who appear to such investigating officer to be acquainted with the circumstances of the case as he thinks necessary, to execute a bond to appear before any court therein named or to give evidence in any court proceedings. (5) If any complainant or person referred to in subsection (4) refuses to execute a bond under that subsection, the investigating officer shall report such refusal to the court which may thereupon in its discretion issue a warrant or summons to secure the attendance of such complainant or person.

Malay text (authoritative)

Penyampaian perintah atau notis secara am, dsb.

(1) Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah Bahagian ini, hendaklah, jika ia dikehendaki untuk disampaikan kepada seorang individu, disampaikan dengan— (a) menyerah hantarnya secara ke diri kepada orang yang notis itu diniatkan; (b) menyerah hantarnya kepada orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan terkini diketahui yang orang itu diniatkan; atau (c) menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang diniatkan. (2) Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, disampaikan dengan menyerah hantar perintah atau notis itu kepada seorang pegawai atau ejen pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya. (3) Sekiranya pegawai yang menjalankan apa-apa perintah atau notis di bawah subseksyen (1) atau (2) berpuas hati, bagi sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis, bahawa perintah atau notis itu tidak dapat disampaikan dengan cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) atau (2), perintah atau notis itu boleh disampaikan dengan meletakkan perintah atau notis itu pada bahagian premis yang mudah dilihat— (a) yang individu bagi perintah atau notis itu diniatkan diketahui terakhir tinggal, terakhir bekerja atau terakhir menjalankan perniagaan; atau (b) di alamat berdaftar atau alamat perniagaan pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan terakhir yang diketahui kepada siapa perintah atau notis itu diniatkan, dan dalam hal sedemikian perintah atau notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna. (4) Sekiranya apabila suatu penyiasatan telah dibuat di bawah Akta ini, pegawai penyiasat mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan munasabah untuk mengesyaki bagi membenarkan pemulaan atau penerusan mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang, pegawai penyiasat itu hendaklah menghendaki seorang pengadu, jika ada, dan seramai orang yang pegawai penyiasat itu mendapati mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk melaksanakan suatu jaminan untuk hadir di hadapan mana-mana mahkamah yang dinamakan padanya atau untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah. (5) Sekiranya mana-mana pengadu atau orang yang disebut dalam subseksyen (4) menolak untuk melaksanakan suatu jaminan di bawah subseksyen itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan penolakan sedemikian kepada mahkamah yang boleh pada budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman untuk memastikan kehadiran pengadu atau orang itu.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next