My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 230

Financial Services Act 2013 s 230

s 230 Surrender of travel documents

(1) Notwithstanding any written law to the contrary, an investigating officer may, by notice in writing, require any person who is the subject of an investigation for an offence under this Part, to surrender his travel documents including passport or exit permit in his possession, within such period as specified in the notice. (2) A notice under subsection (1) shall be served personally to the person to whom it is addressed in accordance with section 229. (3) A person to whom a notice under subsection (1) is served shall comply with such notice, failing which he may be arrested and taken before a magistrate. (4) Where a person is taken before a magistrate, unless such person complies with the notice under subsection (1) or satisfies the magistrate that he does not possess a travel document, the magistrate shall by warrant commit such person to prison— (a) until the expiry of a period of fourteen days from the date of his committal; or (b) until he complies with the notice under subsection (1), whichever occurs earlier. (5) For the purpose of subsection (4), a certificate signed by the Public Prosecutor to the effect that the person has complied with the written notice under subsection (1) shall be sufficient warrant for the Superintendent of Prison to discharge such person. (6) An investigating officer may, with the written approval of the Bank, by notice in writing issued to any immigration officer, request that any person who is the subject of an investigation in respect of an offence under this Act be prevented from leaving Malaysia. (7) The immigration officer may, upon being notified of a written notice made under subsection (6), require the person who is the subject of an investigation in respect of an offence under this Act, to surrender his passport, exit permit or any other travel document in his possession to an immigration officer. (8) Subject to any order issued or made under any written law relating to immigration, “immigration officer” means any person appointed under section 3 of the Immigration Act 1959/63 [Act 155].

Malay text (authoritative)

Penyerahan dokumen perjalanan

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport atau permit keluar yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu. (2) Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara peribadi kepada orang itu yang dialamatkan kepadanya mengikut seksyen 229. (3) Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, jika dia gagal boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret. (4) Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara— (a) sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh hukumannya itu; atau (b) sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), yang mana berlaku lebih awal. (5) Bagi maksud subseksyen (4), suatu sijil yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang memberi kesan bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu. (6) Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis Bank, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan oleh manamana pegawai imigresen, menghendaki bahawa mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia. (7) Pegawai imigresen itu boleh, apabila diberitahu melalui suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6), menghendaki orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan pasportnya, permit keluarnya atau mana-mana dokumen perjalanannya lain dalam milikannya kepada seorang pegawai imigresen. (8) Tertakluk kepada mana-mana perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya manamana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next