My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 231

Financial Services Act 2013 s 231

s 231 Agent provocateur

Notwithstanding any law or rule of law to the contrary, in any proceedings against any person for an offence under this Act— (a) no agent provocateur, whether he is an officer of the Bank or not, shall be presumed to be an accomplice or be unworthy of credit by reason only of his having attempted to commit or to abet, or having abetted or having been engaged in a criminal conspiracy to commit, such offence if the main purpose of such attempt, abetment or engagement was to secure evidence against such person; (b) any statement whether oral or in writing made to an agent provocateur by any person, including any person who is subsequently charged with an offence under this Act, shall be admissible in evidence and given due weight and consideration at any trial for an offence under this Act; and (c) a conviction for any offence under this Act solely on the uncorroborated evidence of any agent provocateur shall not be illegal and no such conviction shall be set aside merely because the court which tried the case has failed to refer in the grounds of its judgment to the need to warn itself against the danger of convicting on such evidence.

Malay text (authoritative)

Agent provocateur

Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undangundang yang bertentangan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini— (a) tiada agent provocateur pun, sama ada dia seorang pegawai Bank atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan jenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu sekiranya maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu; (b) apa-apa penyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya didakwa dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah menjadi boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan kadar wajar dan pertimbangan dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan (c) suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang semata-mata atas keterangan tanpa sokongan manamana agent provocateur tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya terhadap bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next