My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 232

Financial Services Act 2013 s 232

s 232 Assistance to police or other public officer

The Bank may at its own initiative, or on the request of a public officer— (a) supply to a police officer or any other public officer a copy of any books, computer output, data, document or information seized, detained or taken possession of under section 221, 222 or 225, or of any record of examination under paragraph 228(1)(a), or of any written statement on oath or affirmation made under paragraph 228(1)(c) or of any books, computer output, data, document or information produced under paragraph 228(1)(b), or otherwise in the course of any examination under paragraph 228(1)(a), or under any written statement on oath or affirmation made pursuant to paragraph 228(1)(c), and such police officer or other public officer may make such use of such copy of such record, statement, books, computer output, data, document or information as may be necessary or expedient in relation to the exercise of his powers, the performance of his functions, or the discharge of his duties, in respect of any person; or (b) allow a police officer or any other public officer to have access to and inspect any property, apparatus, equipment, machinery, computer, computer output, system, data, books, document, information, article or thing which had been produced before, or seized, detained or taken possession of, by an investigating officer under this Part, and such police or other public officer may make such use of any knowledge gained by such access or inspection as may be necessary or expedient in relation to the exercise of his powers, the performance of his functions, or the discharge of his duties, in respect of any person.

Malay text (authoritative)

Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain

Bank boleh atas usahanya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai awam— (a) membekalkan kepada seorang pegawai polis atau manamana pegawai awam lain suatu salinan mana-mana buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 221, 222 atau 225, atau apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 228(1)(a), atau apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 228(1)(c) atau apa-apa buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 228(1)(b), atau selainnya dalam penjalanan apaapa pemeriksaan di bawah perenggan 228(1)(a), atau di bawah apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan 228(1)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, penyataan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubungan dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau (b) membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubungan dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next