s 240 Orders by court
(1) The court may, on an application by the Bank under section 239, make one or more of the following orders:
(a) an order requiring the person to pay an amount which shall not exceed three times—
(i) the gross amount of pecuniary gain made or loss avoided by such person as a result of the contravention, breach or non-compliance; or
(ii) the amount of money which is the subject matter of the contravention, breach or non-compliance,
as the case may be;
(b) an order requiring the person to pay a civil penalty in such amount as the court considers appropriate having regard to the severity or gravity of the contravention, breach or non-compliance, but in any event not exceeding twenty-five million ringgit;
(c) an order—
(i) restraining the person from engaging in any specific conduct; or
(ii) requiring the cessation of the contravention, breach or non-compliance;
(d) an order directing a person to do a certain act;
(e) an order directing the person, or any other person who appears to have been involved in the contravention, breach or non-compliance to take such steps as the court may direct to mitigate the effect of such contravention breach or non-compliance;
(f) an order directing the authorized person, operator of a designated payment system, registered person or market participant to remedy the contravention, breach or noncompliance including making restitution to any other person aggrieved by such contravention, breach or noncompliance;
(g) where a person has refused or failed to comply with any action taken by the Bank under subsection 234(3), an order directing the person to comply with such action that is taken by the Bank; and
(h) any other order deemed appropriate by the court including any ancillary order deemed desirable in consequence of the making of an order under any provision in this subsection.
(2) The court may make an order under subsection (1) against a person—
(a) who is the director, controller, officer or partner, or was purporting to act in any such capacity; or
(b) who is concerned in the management of the affairs,
of a body corporate or unincorporate in the event where the contravention, breach or non-compliance has been committed by the body corporate or unincorporate unless that person proves that the contravention, breach or non-compliance was committed without his consent or connivance and that he exercised such diligence to prevent the commission of the contravention, breach or non-compliance as he ought to have exercised, having regard to the nature of his function in that capacity and to the circumstances.
(3) If a contravention, breach or non-compliance is committed by a person—
(a) who is a director, controller, officer or partner of a body corporate or unincorporate, or was purporting to act in any such capacity; or
(b) who is concerned in the management of the affairs of a body corporate or unincorporate,
an order under subsection (1) can be made against the body corporate or unincorporate.
(4) Any sum ordered by the court under subsection (1), shall be applied—
(a) firstly, to reimburse the Bank for all costs of the proceedings in respect of the contravention, breach or non-compliance; and
(b) secondly, to pay persons aggrieved by the contravention, breach or non-compliance in the case of an order under paragraph (1)(f); or
(c) thirdly, to pay into and form part of the Federal Consolidated Fund unless the court orders for such sums or part thereof to be used to compensate persons who have suffered loss as a result of the contravention, breach or non-compliance.
(5) If the authorized person, operator of a designated payment system, registered person or market participant considers that it is not practicable to provide a remedy to the persons referred to in paragraph (1)(f), in view of the amount of any potential distribution to each person or the difficulty of ascertaining or notifying the person whom it is appropriate to provide a remedy, the authorized person, operator of a designated payment system, registered person or market participant shall lodge such amount with the Registrar of Unclaimed Moneys in accordance with the provisions of the Unclaimed Moneys Act 1965.
(6) The court may revoke or vary an order made by it under this section or suspend the operation of such an order.
(7) The powers conferred on the court under this section are in addition to any of its other powers, and do not derogate from its other powers provided under any other written law.
(8) Applications under this section may be commenced at any time within six years from the date on which the Bank discovered the contravention, breach or non-compliance.
Malay text (authoritative)
Perintah oleh mahkamah
(1) Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh Bank di bawah seksyen 239, membuat satu atau lebih perintah yang berikut:
(a) suatu perintah menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—
(i) amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau
(ii) amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) suatu perintah menghendaki orang itu membayar suatu penalti sivil dalam apa-apa amaun sebagaimana yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira seriusnya atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit;
(c) suatu perintah—
(i) yang menahan orang itu daripada terlibat dalam apa-apa kelakuan tertentu; atau
(ii) yang menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
(d) suatu perintah mengarahkan seseorang itu untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;
(e) suatu perintah mengarahkan orang itu, atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran atau ketidapatuhan kemungkiran itu;
(f) suatu perintah yang mengarahkan orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, orang berdaftar atau peserta pasaran untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
(g) jika seorang itu telah enggan atau gagal untuk mematuhi apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 234(3), suatu perintah mengarahkan orang itu mematuhi tindakan yang diambil oleh Bank; dan
(h) apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah termasuk perintah sampingan yang disifatkan perlu berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan subseksyen ini.
(2) Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang—
(a) yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi, atau pernah berupa untuk bertindak atas mana-mana keupayaan sedemikian; atau
(b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal,
suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan jika pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan usaha sedemikian untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas keupayaan itu dan hal keadaan itu.
(3) Sekiranya suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh seseorang—
(a) yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, atau yang berupa untuk bertindak atas mana-mana keupayaan sedemikian; atau
(b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan,
suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.
(4) Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1), hendaklah digunakan—
(a) pertamanya, untuk membayar ganti kepada Bank segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan
(b) keduanya, untuk membayar orang yang terkilan oleh pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(f); atau
(c) ketiganya, untuk membayar ke dalam dan membentuk sebahagian Kumpulan Wang Disatukan persekutuan melainkan jika memerintahkan bagi apa-apa jumlah atau bahagian padanya untuk digunakan untuk membayar pampasan orang yang telah mengalami kerugian berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan.
(5) Sekiranya orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, orang berdaftar atau peserta pasaran mendapati adalah tidak praktikal untuk memberikan suatu remedi kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(f), memandangkan amaun yang bakal diagihkan kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang sepatutnya diberikan suatu remedi, orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, orang berdaftar atau peserta pasaran hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
(6) Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.
(7) Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(8) Permohonan di bawah seksyen ini boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Bank menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).