My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 241

Financial Services Act 2013 s 241

s 241 Civil action to seek compensation

(1) Where any person— (a) has been convicted of an offence under this Act or under any other written law; or (b) has had any offence committed by him compounded under section 253, and such offence has resulted in, or caused, or subsequent to its commission, results in, or causes, any loss or damage of any nature or in any form to a licensed person, the Bank may institute civil proceedings in court for the purposes of seeking indemnity from the persons referred to in subsection (2). (2) The following persons shall be jointly and severally liable to indemnify the licensed person in full for any loss or damage to the licensed person: (a) the person convicted of the offence, or the person whose offence has been compounded under section 253; and (b) any director, officer or controller of the licensed person,any other person purporting to act in any such capacity, or any person who is in any manner or to any extent responsible for the management of the affairs of the licensed person, or any person who is assisting in such management. (3) The court may, upon reviewing an application by the Bank, make an order specifying the amount of moneys the persons referred to in subsection (2) are liable to indemnify the licensed person. (4) The persons referred to in subsection (2) shall not be liable to so indemnify the licensed person if— (a) the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (b) he took all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence as he ought to have taken precautions or to have exercised, having regard to the nature of his functions and to all the circumstances in which the offence was committed. (5) An amount ordered by the court under subsection (3) shall be applied— (a) firstly, to reimburse the Bank for all costs of the proceedings to seek the indemnity; and (b) secondly, to compensate the licensed person. (6) Civil proceedings under subsection (1) may be commenced at any time within six years from the date on which the person has been convicted of the offence under this Act or other written law or compounded under section 253.

Malay text (authoritative)

Tindakan sivil untuk menuntut pampasan

(1) Jika mana-mana orang— (a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau (b) telah melakukan apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya yang telah di dikompaun di bawah seksyen 253, dan kesalahan itu telah mengakibatkan, atau menyebabkan, atau berikutan dengan berlakunya kesalahan itu, mengakibatkan, atau menyebabkan, apa-apa kerugian atau kerosakan pada apaapa keadaan atau dalam apa-apa bentuk kepada orang berlesen, Bank boleh memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi maksud menuntut tanggung rugi daripada orang yang disebut dalam subseksyen (2). (2) Orang yang berikut hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi orang berlesen secara penuh bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kepada orang berlesen: (a) orang yang disabitkan dengan kesalahan itu, atau orang yang kesalahannya telah dikompaun di bawah seksyen 253; dan (b) mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal orang berlesen, mana-mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa keupayaan yang sedemikian, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara jua atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal orang berlesen, atau mana-mana orang yang sedang membantu dalam pengurusan sedemikian. (3) Mahkamah boleh, setelah menyemak suatu permohonan oleh Bank, membuat suatu perintah menentukan amaun wang yang orang yang disebut dalam subseksyen (2) bertanggungan untuk menanggung rugi orang berlesen. (4) Orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak bertanggungan untuk menanggung rugi sedemikian kepada orang berlesen sekiranya— (a) kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau dibiarkan olehnya; dan (b) dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melaksanakan usaha wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang dia patut mengambil langkah mencegah atau telah melaksanakan, mengambil kira keadaan fungsinya dan semua hal keadaan yang kesalahan itu dilakukan. (5) Suatu amaun yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah terpakai— (a) pertamanya, untuk membayar ganti kepada Bank bagi segala kos prosiding untuk menuntut tanggung rugi; dan (b) keduanya, untuk memberi pampasan kepada orang berlesen. (6) Tindakan sivil di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam enam tahun dari tarikh yang orang itu telah disabitkan kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain atau dikompaun di bawah seksyen 253.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next