Financial Services Act 2013 s 259
s 259 Enforceable undertakings
(1) The Minister or the Bank may accept a written undertaking given by a person in connection with a matter in relation to which the Minister or the Bank, as the case may be, has a power or function under this Act.
(2) The written undertaking accepted under subsection (1) may be varied or withdrawn by the person giving the undertaking with the consent of the Minister or the Bank, as the case may be.
(3) If the Bank considers that a person who has given a written undertaking has breached any of the terms of the undertakingβ
(a) given to the Bank, the Bank may apply; or
(b) given to the Minister, the Bank may recommend to the Minister to apply,
to the High Court for an order under subsection (4) by way of originating summons.
(4) If the High Court is satisfied that a person has breached a term of the undertaking, the High Court may make any or all of the following orders:
(a) an order directing the person to comply with the undertaking;
(b) an order directing the person to pay to the Federal Consolidated Fund an amount up to the amount of any financial benefit that the person obtained (whether directly or indirectly) and that is reasonably attributable to the breach;
(c) any order that the High Court considers appropriate directing the person to compensate any other person who has suffered loss or damage as a result of the breach; or
(d) any other order that the High Court considers appropriate.
(5) The Bank shall be entitled to be heard in proceedings relating to an application made to the High Court in respect of a breach of undertaking given to the Minister.
Malay text (authoritative)
Aku janji yang boleh dikuatkuasakan
(1) Menteri atau Bank boleh menerima suatu aku janji bertulis yang diberikan oleh seseorang berkaitan dengan suatu perkara berhubungan dengan yang Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai kuasa atau fungsi di bawah Akta ini.
(2) Aku janji yang diterima di bawah subseksyen (1) boleh diubah atau ditarik balik oleh orang yang memberi aku janji itu dengan kebenaran Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Sekiranya Bank berpendapat bahawa orang yang telah memberikan suatu aku janji bertulis telah memungkiri mana-mana terma aku janji ituβ
(a) yang diberikan kepada Bank, Bank boleh memohon; atau
(b) yang diberikan kepada Menteri, Bank boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk memohon,
kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah subseksyen (4) melalui saman pemula.
(4) Sekiranya Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa seseorang itu telah memungkiri suatu terma aku janji, Mahkamah Tinggi boleh membuat mana-mana atau semua perintah yang berikut:
(a) suatu perintah mengarahkan orang itu untuk mematuhi aku janji itu;
(b) suatu perintah mengarahkan orang itu untuk membayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun setakat amaun apa-apa manfaat kewangan yang orang itu peroleh (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dan yang berpunca secara munasabah daripada kemungkiran itu;
(c) apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi berpendapat wajar mengarahkan orang itu untuk memberikan pampasan mana-mana orang lain yang mengalami kerugian atau kerosakan akibat daripada kemungkiran itu; atau
(d) apa-apa perintah lain yang Mahkamah Tinggi berpendapat wajar.
(5) Bank hendaklah berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi berkenaan dengan suatu kemungkiran aku janji yang diberikan kepada Menteri.
Read this section in the full act β Β· Open Part XVI β
Find Act 758 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).