(1) The Minister may, on the recommendation of the Bank, make such regulations as may be necessary or expedient for—
(a) giving full effect to the provisions of this Act;
(b) carrying out or achieving the regulatory objectives and purposes of this Act;
(c) the further, better or more convenient implementation of the provisions of this Act; or
(d) providing for any supplemental, incidental or consequential matters in relation to this Act.
(2) Without limiting the generality of subsection (1), regulations may be made—
(a) to provide for control by the Bank by supervision, regulation, restriction, prohibition, or otherwise howsoever, with respect to the provision of finance, financial intermediation activities as defined in section 211, banking services or insurance services supplied or carried on by persons other than an authorized person or registered person;
(b) to provide for forms in respect of any matter under this Act, or under any regulations made under this section;
(c) to provide for fees to be paid to the Bank in respect of any matter under this Act or under any regulations made under this section; and
(d) to provide for the imposition of penalties for any offence under the regulations which shall not exceed imprisonment for a term not exceeding five years or a fine not exceeding ten million ringgit or to both.
(3) Regulations made under this section may relate to all or any class, category or description of persons, and may make different provisions for different classes, categories or descriptions of persons.
Malay text (authoritative)
Peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi—
(a) memberikan kesan penuh kepada peruntukan Akta ini;
(b) menjalankan atau mencapai objektif pengawalseliaan dan maksud Akta ini;
(c) melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau dengan lebih mudah peruntukan Akta ini; atau
(d) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubungan dengan Akta ini.
(2) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan boleh dibuat—
(a) untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Bank melalui penyeliaan, pengawalseliaan, sekatan, larangan, atau bagaimana jua pun selainnya, berkenaan dengan penyediaan pembiayaan, aktiviti perantaraan kewangan sebagaimana yang diertikan dalam seksyen 211, perkhidmatan perbankan atau perkhidmatan insurans yang diberikan atau dijalankan oleh orang selain orang yang diberi kuasa atau orang berdaftar;
(b) untuk mengadakan peruntukan mengenai borang berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
(c) untuk mengadakan peruntukan bagi fi kena dibayar kepada Bank berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; dan
(d) untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti atas apa-apa kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang tidak melebihi pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana golongan, kategori atau perihalan orang, dan boleh membuat peruntukan berlainan bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).